Kenapa Portal Hollywood Gelar Sitkom Harith Iskander Di Netflix 'Rancangan Komedi Terburuk 2018?'
# Trending Semasa

Kenapa Portal Hollywood Gelar Sitkom Harith Iskander Di Netflix 'Rancangan Komedi Terburuk 2018?'

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Apr 21, 2018
pada 3:58 AM

Siapa je tak kenal Harith Iskander, seorang pelawak yang pernah mengharumkan nama Malaysia apabila berjaya memenangi anugerah individu paling lucu di dunia, menewaskan 4 pelawak lain dalam pertandingan yang diadakan di Levi, Finland pada tahun 2016 yang lalu. Hebat, kan?

Bukan tu je, pada Januari awal tahun ini, Harith Iskander sekali lagi menggemparkan Malaysia apabila diumumkan beliau bakal muncul dalam slot berjudul ''I Told You So'' yang telah pun ditayangkan ke seluruh dunia melalui platform Netflix 19 Januari lepas.

Namun, apa yang menyedihkan, sitkom tersebut dikatakan tak menjadi sehingga ada sebuah portal Hollywood menggelarkan sitkom tersebut sebagai 'Rancangan Komedi Tercorot 2018.' Kenapa begitu? Teruk sangat ke?

 

'I Told You So' duduki tangga terakhir daripada 19 rancangan komedi lain...

Menurut sumber daripada Says, Daripada 19 rancangan comedy specials yang disiarkan di Netflix pada tahun ini, sitkom Harith Iskander berada di kedudukan tercorot. Portal dari Hollywood, The Wrap menggelar rancangan yang diberi judul 'I Told You So' itu sebagai yang terburuk untuk 2018.

Untuk makluman, ‘I Told You So’ merupakan rancangan stand-up comedy yang menyentuh pelbagai topik antaranya seperti kisah kekeluargaan, pengalaman awkwardpasangan sedang bercinta, serta kebudayaan yang sering dialami masyarakat di Malaysia dan Singapura.

 

Apa Yang Tak Kena Dengan Lawak Harith Iskander?

Harith Iskander dikatakan agak syok sendiri kerana sering mengulangi tentang pengiktirafan antarabangsa yang diterima olehnya dulu. Antara ayat yang dikatakan, ''Should I call my special, ''The Funniest Comedian in the World?'' Mungkin penyataan yang kerap diulang ini menimbulkan rasa jelek bagi penonton yang menontonnya. 

Selain portal The Wrap, Coconuts KL juga seolah-olah menyokong apa yang ditulis oleh portal Hollywood itu. Coconuts KL turut perasan yang Harith Iskander sentiasa menyebut tentang gelaran  'Funniest Person In The World' pada awal persembahan. 

Antara kelemahan dalam lawak Harith, beliau terlalu fokus kepada lawak jenaka tempatan dan dikatakan tak sesuai untuk penonton antarabangsa. Mungkin lawak sebegini lebih diterima baik di Malaysia memandangkan ia lebih dekat dengan orang kita. Hmmm...
 

Sumber Oleh: Says