Kerja Kosong, Walk-In Interview, Perunding Kerjaya Semuanya Di Bawah Satu Bumbung! #EkspoMauKerja
# Jenis Pekerjaan # Pengetahuan Pekerja # Pengetahuan Interview

Kerja Kosong, Walk-In Interview, Perunding Kerjaya Semuanya Di Bawah Satu Bumbung! #EkspoMauKerja

post by Aisya

by Aisya

Oct 26, 2016
pada 7:54 AM

Pastikan jadual pada 5 November 2016 ini kosong dan beri laluan khas buat team kami MauKerja! Kami ada satu rancangan yang khas buat korang sebagai jobseeker dan yang pasti ianya mendatangkan keuntungan besar.

Kami sudah kumpulkan kesemua career fair yang bakal berlangsung di Malaysia pada bulan November ini dan apa yang kali perhatikan, tidak ada career fair khas buat warga Kuala Lumpur semua. Kerana itu lah team Maukerja dengan berbesar hati akan melangsungkan Ekspo Kerjaya Maukerja di Kuala Lumpur kerana kami tahu apa yang anda mahukan! Ini adalah satu ekspo kerjaya besar-besaran yang julung kalinya diadakan untuk membantu jobseeker di luar sana cari kerja sampai ngam! 

Ekspo Maukerja ini bakal berlangsung pada 5 November 2016, iaitu pada hari Sabtu bermula dari pukul 9:30 pagi sehingga 4:30 petang. Bertempat di Old Town White Coffee, Bangsar South yang amat strategik kerana berhampiran dengan LRT stesyen Universiti. Mari semua jobseeker naik LRT ramai-ramai dan jangan lupa untuk turun di stesyen LRT Universiti! Bagi mereka yang memandu juga disediakan tempar letak kereta di The Village Bangsar South. Mudah sekali!

Memang takkan rugi kalau korang datang ekspo ini sebab kami ada pelbagai aktiviti melibatkan perancangan kerjaya. Pasti korang tak mahu terlepas! Kami sajikan pada anda lebih 500 peluang kerjaya dari kerja Full time, Part time sehingga lah Internship. Mahu turut serta dalam Ekspo Maukerja? Terus sahaja klik dan RSVP sebelum terlambat.

 

Team Maukerja juga turut berkerjasama dengan 5 buah syarikat besar iaitu:

 

1)  Komugi

2)  WingTai Asia

3)  Texas Chicken 

4)  Loob Management service Sdn Bhd

5)  Watson's Personal Care Sdn Bhd

 

 

 

Kelima-lima syarikat induk ini menawarkan kerja daripada kerja Full Time, Part Time serta Internship dengan gaji sehingga RM2,500! Walk-in interview disediakan dengan respond dalam tempoh 24 jam untuk kerja-kerja yang ditawarkan. Nak tahu kerja apa yang sedang mereka buka? Korang semua perlu lah hadir ke Ekspo Maukerja 5 November ini!  

Ekspo Maukerja ini memang menjanjikan satu kelainan kerana kami bukan sahaja membuka peluang kerja kosong, tetapi juga turut ada Career Talk dari pakar interview yang amat popular, iaitu Izzkhairy Ismail serta Ameerul Affandy Aly yang akan membongkar rahsia bagaimana untuk mendapatkan kerja serta strategi yang diperlukan untuk capai gaji maksima.

Mahukan lebih tips kerjaya, kami juga menyediakan Career Consultant yang akan menjawab segala pertanyaan kerja anda. Mahu tahu format resume yang berkesan? Cover Letter yang terbaik? cara untuk menjawab persoalan sewaktu temuduga, semuanya anda boleh dapatkan di bawah satu bumbung! Ini memang satu Ekspo Kerjaya besar-besaran.

Sudah kosongkan jadual korang? Lakukan sekarang dan Lock tarikh ini (5 November, 2016 hari Sabtu). Ekspo ini bermula dari pukul 9:30 pagi sehingga 4:30 petang bertempat di Old Town White Coffee, Bangsar South. Tiada lagi masalah pengangkutan kerana ianya amat berdekatan dengan LRT Stesyen Universiti. Memang kami mahu berikan kesenangan buat anda semua, hanya perlu hadirkan diri dan meriahkan lagi career event ini! 

Jumpa kesemua jobseeker di sana!