Ketahui Hak Korang Sebagai Pekerja Mengikut Akta Kerja 1955 Sebelum 'Dihamba Abdikan' Oleh Bos
# Gaya Hidup # Pengetahuan Pekerja # Trending Semasa

Ketahui Hak Korang Sebagai Pekerja Mengikut Akta Kerja 1955 Sebelum 'Dihamba Abdikan' Oleh Bos

post by Aisya

by Aisya

Dec 4, 2019
pada 5:42 PM

Sebagai pekerja, tugas korang bukan untuk datang office dan buat kerja je. Korang kena ambil tahu mengenai kesemua hak-hak sebagai seorang pekerja. Ini adalah satu pengetahuan yang penting dan berguna untuk masa depan agar korang tak diperalatkan sebagai 'hamba abdi' oleh majikan sendiri nanti. Kadang-kadang tu korang diamkan diri je sebab ingat majikan korang ada hak untuk pergunakan korang begitu. Korang salah!

Kalau majikan suruh stay-back buat kerja sampai pukul 2-3 pagi, atau pun tak nak bayar overtime, ataupun pecat tanpa notis semuanya sudah terkandung dalam akta hak pekerja. Nak tahu ianya sah disisi undang-undang atau tidak, jom baca artikel ini.

 

"Rasionalnya mereka bukan hamba abdi. Mereka bukan robot"

Ini memang majikan yang paling win! Wujud lagi rupanya majikan yang tidak akan menganggu pekerjanya selepas tamat waktu bekerja, apatah lagi pada waktu hujung minggu. Ini memang majikan yang faham erti masa dan melayan pekerjanya sebagai manusia biasa, bukannya robot. 

 

"Jika mereka bekerja lebih masa, mereka harus dibayar overtime"

Wujudnya majikan sebegitu kerana mereka faham akan Akta Kerja 1955 yang termaktub di bawah Seksyen 60A (1). Sememangnya sudah dijelaskan bahawa pekerja tidak boleh diarahkan bekerja mengikut syarat-syarat dan terma. Kalau disuruh sekalipun, mereka harus dibayar overtime.

 

Jom tengok syarat-syarat waktu kerja mengikut Akta Kerja 1955

Sebagai pekerja, korang sepatutnya tahu akan hak-hak sebagai pekerja agar tidak dipergunakan oleh majikan. Jom ketahui beberapa undang-undang dan hak sebagai pekerja ini yang melibatkan waktu bekerja.

Di bawah Seksyen 60A (1) Akta Kerja 1955, pekerja tidak boleh diarahkan bekerja:-

  1. Lebih dari 5 jam berturut-turut tanpa rehat yang tidak kurang daripada 30 minit.
  2. Lebih dari 8 jam sehari
  3. Lebih tempoh masa (in spread-over period) 10 jam sehari.
  4. Lebih 48 jam seminggu

Ini  adalah secara asasnya, tetapi macam mana kalau majikan arahkan juga suruh bekerja lebih dari 8 jam tanpa henti? Perkara itu akan diterangkan satu persatu-satu:

 

(A) Majikan Meminta Pekerja Bekerja Selama 8 Jam Berturut-Turut TANPA rehat yang tidak kurang daripada 30 minit?

Prinsip amnya adalah TIDAK BOLEH! Akan tetapi jika pekerja itu:-

  1. Terlibat dalam kerja yang mesti dijalankan berterusan; dan
  2. Memerlukan perhatiannya secara terus menerus;

Jika korang jatuh di bawah mana-mana kategori ini, maka ianya dibenarkan tetapi dengan syarat ya. Pekerja harus diberikan tempoh masa tidak kurang dari 45 minit untuk makan.

Sebagai contoh, korang bekerja sebagai operator mesin di satu kilang besar. Kerja ini memang memerlukan korang untuk pantau dengan rapi dan tidak boleh sesekali meninggalkan mesin tersebut. Waktu kerja adalah dari pukul 8 pagi hingga 4 petang dan tidak boleh ambil rehat dengan lama. Jadi apa yang korang lakukan adalah dengan ambil rehat 7 minit untuk setiap jam sahaja.

Nampak macam kejam tetapi jika mengikut undang-undang, ianya dibenarkan. Kerana jika korang jumlahkan masa rehat dia 7 minit x 8 jam bersamaan dengan 56 minit. Jadi waktu rehat yang diberikan memadai dan tidak melanggar sebarang akta.

 

(B) Majikan Meminta Pekerja Bekerja Melebihi 8 Jam Sehari?

Secara asasnya ia tidak boleh dilakukan tetapi dibenarkan dengan syarat, Jika pekerja diarahkan untuk bekerja lebih daripada masa kerjanya, dia mestilah dibayar pada kadar satu setengah kali ganda dari kadar upahnya mengikut jam.

Tetapi, majikan tidak boleh nak arahkan pekerja untuk bekerja lebih 12 jam sehari walaupun dibayar overtime. Kalau nak juga suruh kerja lebih daripada 12 jam sehari, boleh rujuk Seksyen 60A (2) (a) serta Seksyen 60A Akta Kerja 1955.

 

(C) Majikan Meminta Pekerja Bekerja Melebihi Tempoh Masa (Spread Over Period) 10 Jam Sehari

Terma ini selalu diguna pakai untuk mereka yang bekerja dalam bidang F&B ataupun hotel. Maksud spread over period ini adalah dimana waktu bekerja dipisahkan kepada dua dan ada waktu rehat yang lama diantara waktu tersebut. Sebagai contoh pekerja A perlu bekerja dari pukul 9 pagi hingga 12 tengah hari dan diberikan waktu rehat dari 12 tengah hari hingga 2 petang dan sambung kembali bekerja dari pukul 2 petang hingga 7 malam. Pengiraan kerjanya adalah 10 jam dan ditolak dengan 2 jam rehat.

Jika pekerja perlu bekerja lebih daripada 10 jam, mereka perlu dibayar pada kadar satu setengah kali ganda mengikut kadar upahnya berdasarkan jam.

 

(D) Majikan Meminta Pekerja Bekerja Melebihi 48 Jam Seminggu

Di bawah Seksyen 60 A (1) (iii) Akta Kerja 1955, majikan dan pekerja menerusi persetujuan/kontrak kerja boleh memilih agar pekerja bekerja lebih 8 jam sehari tetapi tidak melebihi 9 jam bagi satu atau lebih hari dalam seminggu. 

Majikan boleh meminta pekerja berkerja lebih dari 48 jam seminggu dengan syarat apabila waktu-waktu kerja dilangkaui, maka bayaran pada kadar kerja lebih masa mesti diberikan.