Search

Kategori

    Kisah Benar Bagaimana Hanya Curi 1 Sen Je Pegawai Bank Ini Boleh Jadi Jutawan

    Aisya
    by Aisya
    May 09, 2017

    Tak pernah pula terfikir untuk nak curi duit satu sen sebab kalau curi pun apa yang boleh dapat, betul tak? Daripada curi satu sen baik lah curi RM100 terus boleh lah beli kasut baru ke. 

    Tapi, pernah tak korang terfikir dengan mencuri duit satu sen ni boleh jadi jutawan? Ini adalah satu kisah benar yang terjadi pada tahun 1990 yang mengisahkan seorang pegawai bank yang bergaji biasa je menjadi kaya raya hanya dengan mencuri duit satu sen sahaja. 

     

    Sikit-sikit lama-lama jadi bukit

    Kisahnya bermula di mana seorang lelaki bernama Aman Shah Ahmad yang berusia 24 tahun pada ketika itu bekerja sebagai pegawai bank di Hock Hua Bank Jalan Raja Laut, KL dengan pendapatan sebanyak RM1,800 sebulan. Pada awalnya dia bekerja seperti biasa dan semuanya berubah apabila pihak bank menghantarnya mengikuti kursus komputer. Dari situ lah dia mula belajar selok-belok perbankan menggunakan komputer. Geliganya pemikiran dia sampaikan Bank Negara Malaysia sendiri pun tertipu dengan helahnya.

    Dia telah dilantik sebagai Ketua Jabatan Pemprosesan Sistem Pemindahan Elektronik Untuk Dana Dan Sekuriti (SPEED) di bank berkenanan dan melakukan transaksi palsu dengan memindahkan satu sen dari setiap akaun pelanggan ke akaunnya sendiri. Semuanya dilakukan dengan mereka satu program palsu tanpa diketahui oleh pihak Bank Negara sendiri. Hebatnya!

     Satu sen mungkin nampak kecil tapi cuba korang jumlahkan dengan beberapa ribu akaun untuk setiap hari selama beberapa tahun. Dia berjaya songlap sampai RM4.01 juta okay! Dengan satu sen boleh jadi RM4 juta, memang betul lah bak kata orang 'sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.' 

     

    Guna duit songlap untuk kumpul kereta mewah

    Pandai betul pegawai bank ni gunakan duit curi dia tu. Dia telah berhenti bekerja di Hock Hua Bank tanpa disedari oleh pihak bank sindiketnya itu dan membuka syarikat sendiri iaitu Agensi Pengiklanan Bistro di KL. Dia juga turut membeli 6 biji kereta import yang amat mahal sekali. Tak pelik ke seorang pegawai bank dengan pendapatan RM1,800 sebulan boleh beli kereta mewah? 

    Berikut adalah senarai kereta-kereta mewah yang dimilikinya:

    1) Lamborghini Countach

    2) Mercedes Benz 300SL

    3) Mercedes Benz 300E

    4) Porsche 928 S4

    5) Porsche Carrer

    6) BMW 329i

    Beraninya dia siap pamerkan kereta-kereta mewah tersebut di pusat pameran dekat Plaza Bukit Bintang dan yang paling hebat bila dia muncul dalam program bual bicara di TV3 menngenai minatnya pada kereta mewah. 

     

    Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua

    Alangkah terperanjatnya apabila bekas majikannya di bank menonton rancangan tersebut dan berfikir bagaimana pekerja dengan gaji RM1,800 dapat membeli kereta mewah. Dia kemudiannya meminta jabatan audit menjalankan audit terhadap kesemua transaksi di bawah nama dia dan memang benarlah dia songlap duit pelanggan! Sesudah kumpul kesemua bukti kukuh, mereka membuat laporan polis dan Aman Shah ditangkap di kondominium mewah miliknya di Bangsar.

    Tak ada siapa sangka dengan hanya  mencuri sebanyak satu sen sahaja boleh membuatkan seseorang itu jadi jutawan. Kalau sekarang cuba nak mencuri mesti dah kena tangkap dengan Bank Negara, sebab sistem makin canggih dan keselamatan makin tip top!

    *Sumber: moshed

    Blog

    Hari Jumaat yang sepatutnya hari yang menggembirakannya berubah menjadi hambar apabila hari terakhir tempoh probation pemuda ini merupakan hari terakhirnya bekerja secara tiba-tiba. Pendek kata Brad terkejut apabila dia dipecat selepas habis tempoh percubaan.

    Nov 12, 2017

    Memang beruntung betul! Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) baru-baru ni menawarkan pakej menarik kepada para pelajar berusia 16 tahun ke atas bagi menggalakkan  mereka mendapatkan lesen motosikal B2 menerusi Program MyLesen Kadet JPJ.

    Nov 13, 2017

    Rata-rata majikan akan memberikan persepsi negatif terhadap mereka yang seringkali bertukar-tukar pekerjaan. Bagi mereka, individu sebegitu dianggap tidak boleh komited terhadap kerjanya sekiranya menghadapi sebarang masalah.

    Nov 15, 2017

    Faktor utama yang menyebabkan kadar pengangguran dalam kalangan lepasan Universiti ini semakin meningkat adalah disebabkan  sikap mereka yang terlalu memilih pekerjaan. Hal ini terbukti apabila Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) Datuk Shamsuddin Bardan sendiri berkata demikian.

    Nov 13, 2017

    Betapa lamanya korang habiskan waktu, wang ringgit, pinjam PTPTN dan macam-macam lagi korang korbankan untuk tuntut ilmu di Universiti dengan harapan dapat bantu keluarga.

    Nov 14, 2017