Kisah Lelaki Ini Bangkit Dari Seorang Penebar Roti Canai Menjadi Jutawan Umur 26 Tahun Tarik Perhatian Netizen!
# Gaya Hidup

Kisah Lelaki Ini Bangkit Dari Seorang Penebar Roti Canai Menjadi Jutawan Umur 26 Tahun Tarik Perhatian Netizen!

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Mar 18, 2018
pada 9:04 AM

 

Video: Kisah Benar Lepasan SPM 'Tiada Duit' Jadi Hartawan

 

''Satu tragedi berlaku mengubah kehidupan saya secara total. Kemalangan tersebut berlaku pada tahun 1994, ketika saya berumur 22 tahun. Saya adalah anak sulung dan saya mempunyai 4 orang adik. Adik saya yang ketiga ketika itu berumur 17 tahun. Beliau telah mendapat tempat di USM. Waktu itu saya hendak menghantar adik saya. Masa itu saya memandu bersama ibu dan ayah saya. Dan waktu itu dari Johor Baru ke Penang.

Kira-kira 2 pagi, sesuatu yang saya tak nak terjadi. Kereta yang saya pandu itu terlanggar divider di Sungai Bakap. Ibu bapa saya terpelanting keluar dari kereta. Bapa saya meninggal dunia pada waktu itu dan ibu saya setelah hampir 4 bulan kemudian pula meninggal dunia. Sebelum itu saya juga dalam keadaan koma selama beberapa hari. Semua yang datang melawat saya ketika itu sudah putus harapan termasuk juga doktor.

 

 

Besar kemungkinan saya juga akan meninggal pada waktu koma itu. Kalau hidup pun anggota badan dari leher ke kaki tidak akan berfungsi. Itulah yang mereka katakan pada waktu itu

Saya hilang punca pendapatan ketika itu dengan kos rawatan yang perlu saya tanggung. Saya harus bangkit dan mulakan hidup baru. Ternyata dugaan itu buat saya terfikir bahawa tuhan datangkan kepada saya untuk saya fikir mana yang buruk dan mana yang baik. Ada sinar harapan yang menanti saya tapi saya harus bangkit dan lawan segala kesakitan yang saya tanggung untuk mencari segala jawapan untuk masa depan saya,''
ulas Abang Abu.

 

SAYA BELAJAR SESUATU DARI KECELAKAAN INI…

Sambungnya lagi:

''Saya mulakan perjalanan kerjaya saya di Singapura. Bekerja di Negara orang bukanlah perkara yang mudah. Saya bekerja sebagai penebar roti canai di kedai mamak. Peluang itu buat saya terfikir bahawa nilai sebuah kesabaran. Dari tidak pandai menebar sampai sekarang saya pandai menebar roti canai.

 


Saya suka mencuba sesuatu yang baru malah saya cipta peluang yang datang. Dari perjalanan hidup saya yang penuh duka itu saya kongsi pengalaman saya kepada orang ramai dari situ saya mulakan kerjaya sebagai speaker,'' tambahnya.

P/S : Abang Abu kini adalah satu branding yang mana tidak asing dalam dunia motivasi usahawan dan menjadi mentor dalam perniagaan di Malaysia dan Singapura.

 

 

JANGAN PANGGIL SAYA JUTAWAN SELAGI ADA YANG ORANG MISKIN & MEREMPAT!

''Syukur saya boleh katakan kewangan bukanlah masalah bagi saya sekarang. Saya bersyukur kerana segala titik kudrat saya terbayar dan memihak pada saya. Tatapi saya tidak akan mengaku diri saya seorang juwatan selagi ramai saudara seagama saya merempat tepi jalan dan kelaparan. Ya saya masih belum tidak layak di gelar jutawan. Itulah nilai sebuah aliran rezeki yang saya miliki kini. bermakna duit yang saya dapat itu bukanlah seluruhnya hal milik saya malah perlu saya alirkan kepada yang lebih memerlukan,'' ulasnya.

 

 

PESANAN BUAT GRADUAN

Pesannya lagi:

''Bagi saya jangan terlalu memilih dalam bekerja. Ambil saja peluang yang ada kerana setiap peluang yang datang itu mungkin menemukan kita dengan peluang yang lebih besar. Bersabarlah, kerana setiap kesabaran itu besar nilainya.

Yang paling penting dalam kehidupan perlu ada ‘Target’. Jika ada matlamat dalam melakukan sesuatu ternyata ia dipermudahkan dan apa jua yang anda lakukan akan berjaya kemudian hari nanti,''
ujarnya.