Korang Drive Kereta Auto? Wajib Tau Tips Berguna Ni Kalau Sayangkan Kereta!
# Gaya Hidup # Trending Semasa

Korang Drive Kereta Auto? Wajib Tau Tips Berguna Ni Kalau Sayangkan Kereta!

post by MJ

by MJ

Sep 4, 2022
pada 8:31 AM

Memandu kereta bertransmisi automatik lebih mudah jika dibandingkan dengan membawa kereta manual, tapi ada beberapa perkara yang korang perlu elak supaya kereta korang lebih terjaga. Kalau korang nak tahu, memandu kereta automatik amat berbeza dengan memandu kereta manual dari segi penggunaan tombol gear, fungsi kaki kiri dan kaki kanan bagi kereta manual, kaki kiri berperanan untuk menekan pedal klac untuk menggerakkan gear tetapi sebaliknya kaki kiri tidk berfungsi apa-apa bila anda menggunakan gear transmisi auto!

Kereta auto memiliki banyak jenis bergantung kepada jenis kenderaan itu sendiri, tapi tetap sama dengan penggunannya.

Untuk mengelakkan kerosakan gearbox dan anda menanggung kerugian besar, Ini tip serta cara yang betul untuk menukar gear jenis auto:

#1 Jangan Tukar Gear ‘P’ Apabila Berhenti Di Lampu Isyarat

Pasti anda akan perasan kereta di hadapan masuk gear P. Bagaimana anda boleh tahu? Sangat mudah, anda boleh lihat lampu undur kereta di hadapan akan menyala seketika semasa berhenti. Cuba anda bayangkan jika pemandu tersebut terkejut disebabkan lampu isyarat bertukar hijau dan kereta di belakang sudah mula menekan hon.

Secara automatik pemandu tersebut akan menekan pedal minyak dahulu dan baru menukar gear D. Risiko yang akan dialami adalah gearbox akan cepat rosak. Apa yang perlu anda lakukan adalah :

#2  Ketika Berhenti Di Lampu Isyarat

1. Tekan brek kaki

2. Masuk gear N tanpa menekan tombol pada gear

3. Tarik brek tangan

4. Lepas brek kaki

3# Meneruskan Perjalanan

1. Tekan brek kaki

2. Masuk gear D tanpa menekan tombol pada gear

3. Lepas brek tangan

4. Lepas brek kaki

5. Tekan minyak

4# Penggunaan Tombol Pada Gear

Berikut adalah antara situasi menukar gear yang perlu anda menekan tombol gear.

P > R

R > P

R > N

N > R

D > L

L > D

Jangan sesekali tekan tombol gear semasa menukar gear seperti:

N > D

D > N

Salah satu sebab mengapa anda perlu menukar gear dengan betul adalah untuk mengelakkan daripada anda terlajak menukar gear dan sekiranya anda terlajak, gearbox juga akan mudah rosak. Sebagai contoh semasa ingin berhenti kereta, anda ingin menukar dari gear D ke N.

Oleh kerana anda menekan tombol gear, berkemungkinan tinggi anda akan tertolak ke gear R tanpa sengaja. Ini akan menyebabkan gearbox boleh rosak akibat daripada pertukaran mengejut dari D terus ke R.

5# Susunan Gear

P – Parking, digunakan untuk anda memberhentikan ataupun meletakkan kereta anda. Pada kedudukan ini, gear akan disekat dan kereta anda tidak bergerak walaupun brek tangan tidak ditarik.

R – Reverse, untuk mengundurkan kereta.

N – Neutral, digunakan semasa dalam situasi menunggu lampu isyarat atau kesesakan di jalan.

D – Drive, penukaran secara auto gear 1, 2, 3 dan 4.

Bagi sesetengah kereta auto terdapat fungsi tambahan gear seperti berikut:

3 – 3rd gear sesuai digunakan untung memotong ataupun menukar gear 4 ke 3.

2/L2 – 2nd gear sesuai digunakan ketika menuruni bukit.

1/L1/ L – Lower gear digunakan semasa mendaki bukit.