[KUIZ PERSONALITI] Korang Pilih Satu Nombor, Kami Dedahkan Jawapannya!

Ehsan
by Ehsan
Aug 09, 2019 pada 10:30 AM
Kategori: Gaya Hidup

Mesti ramai yang suka main kuiz personaliti kan, korang tahu tak personaliti ni apa? Personaliti adalah ciri-ciri tingkah laku yang ada pada individu, walaupun begitu setiap orang mempunyai personaliti yang berbeza-beza. Perkara ini yang membuatkan setiap orang unik. Jom lihat kuiz personaliti bawah ni:

Korang dah pilihkan nombor mana yang korang nak tolong dulu. Jom tengok jawapannya kat bawah ni:

Nombor 1 : Nenek buta berjalan 

Anda seorang yang mempunyai moral tinggi dan menghargai tradisi. Selalu berusaha menyelesaikan masalah secara rasional dan bekerja dengan penuh tanggungjawab. Apabila di tempat kerja, anda selalu membuat kerja-kerja yang membosankan kerana orang lain tidak mahu melakukannya

Nombor 2 : Budak kecil menangis 

Anda seorang yang sensitif. Mungkin disebabkan anda pernah terluka suatu ketika dahulu. Kawan-kawan suka bersama-sama anda kerana berasa aman, tenteram, kasih sayang dan percaya anda akan bersama mereka. 

Nombor 3 : Lelaki yang terlepas tongkat dan hampir jatuh 

Anda ialah seorang yang sentiasa memeriahkan orang lain dan ketiadaan anda membuatkan sesuatu majlis itu tidak meriah. Sentiasa menyiapkan tugasan pada masanya dan mempunyai perwatakan seorang pemimpin yang baik. 

Nombor 4 : Nurse dan barang-barangnya jatuh ke lantai

Anda seorang yang "easy-going" dan sentiasa optimistik. Sangat jarang untuk mengambil tahu masalah yang berlaku di sekeliling. Disebabkan anda seorang yang suka mengembara, anda tidak suka untuk tinggal di sesuatu tempat/situasi sahaja atau keadaan-keadaan yang sama sahaja.