"Lain Kali Dah Tahu Orang Tua, Tak Payah Bawa Naik Bas! Menyusahkan Orang!" - Pemandu Bas Ekspress Biadap
# Trending Semasa

"Lain Kali Dah Tahu Orang Tua, Tak Payah Bawa Naik Bas! Menyusahkan Orang!" - Pemandu Bas Ekspress Biadap

post by Aisya

by Aisya

Jun 19, 2018
pada 8:51 AM

Baru-baru ni viral mengenai seorang lelaki yang berkongsikan pengalaman dia dan ibunya yang berstatus OKU ketika menaiki bas ekspress dari TBS ke Johor Bahru. Lelaki tersebut dikenali sebagai Mikail. 

Menurut Mikail, masa kat dalam bas tu, dia ada minta izin kat pemandu bas tersebut untuk bawa mak dia ke bilik air. Tujuan utama dia memberitahu kepada pemandu bas tersebut adalah supaya dia dan ibunya tak ditinggalkan oleh pemandu tersebut.

Tambah Mikail lagi, masa dia minta izin nak turun bawak mak dia ke tandas tu, driver tersebut terus sound dengan cara yang kurang ajar dan tak sopan langsung. 

Apa yang tak bestnya, pemandu bas tersebut siap tengking tu sampai semua penumpang pun dengar dan terkejut dengan respond pemandu tersebut. 

"Kau nak bawak mak kau ke bilik air suka hati kau, lambat aku tinggal! Aku nak cepat!
Lain kali dah tahu orang tua, tak payah bawak naik bas! Menyusahkan orang!" 

Lepas je dari kejadian tu, terus berlaku pertelingkahan mulut antara dia dan pemandu tersebut. Tapi akhirnya Mikail hiraukan je dan terus pergi ke bilik air membawa ibunya yang tua dan uzur tu. 

Tapi kejadian tu tak berkahir di situ je  dimana apabila dia nak naik semula ke dalam bas selepas pergi dari bilik air, pemandu tersebut terus gerak bas secara mendadak sehingga menyebabkan ibunya itu jatuh tersungkur kat atas lantai bas.

Allahu, pemandu tersebut seperti tiada perasaan langsung!