Malu Tidak Bertempat! 4 Cara Bagaimana Mahu Mendekati Co-workers Yang Pemalu Tu - Maukerja.my
# Pengetahuan Pekerja # Trending Semasa

Malu Tidak Bertempat! 4 Cara Bagaimana Mahu Mendekati Co-workers Yang Pemalu Tu - Maukerja.my

post by Haziziren

by Haziziren

Dec 7, 2016
pada 8:37 AM

Kita semua bekerja mesti ada sorang tu tak suka berbual, bersosial, tidak boleh eye contact apabila berbual, tidak pandai bergurau  dan serious sepanjang masa. Macam mana nak bina hubungan yang baik lagi-lagi jika orang tu boss korang dan memang tak reti untuk membina hubungan sebagai kawan tetapi tidak lebih atas dasar bekerja. Macam mana nak hilangkan sifat janggal co-workers korang tu? Adakah nak biarkan saja ataupun korang tolong dia.

Bina hubungan yang baik itu sangat penting kerana untuk kerjaya yang lebih panjang. Bukan tujuan mengampu co-workers tetapi ingin belajar lebih darinya mengenai dunia syarikat ataupun perniagaan. Siapa tahu mereka boleh membantu jika korang nak buat satu bisnes satu hari nanti. Tapi co-workers korang ni jenis pemalu, sering rasa janggal dan jarang berjumpa dengan co-workers lain. Lebih suka duduk dalam office sendirian. Macam mana korang nak tolong co-workers korang tu? 

 

1) Jadi pekerja yang suka membantu. 

Rajin-rajin lah membantu co-workers lain dan sukarela membantu. Selesankan diri dengan mereka dan mungkin mereka akan selesa dengan korang. Kalau jenis co-workers yang tak suka berbual dan berjumpa pekerja lain ni, cuba korang jadi orang tengah nya untuk jadi penyampai maklumat-maklumat yang disampaikan oleh mereka. Tapi bukan mengampu , asalkan kerja korang tu dah siap jadi boleh lah korang tolong orang lain.

 

2) Kenal lebih dekat, tetapi bukan hal peribadi.

Siapa je suka kena paksa kan. Jadi tak perlu memaksa jika co-workers korang tu tak nak berkongsi cerita peribadi mahupun masalah. Adalah lebih elok jika hanya mengambil berat dan kisah. Yelah memandangkan co-workers korang tu jenis baik cuma sering berasa janggal dan pemalu. Apa salahnya jika menjadi baik kepadanya. Betul tak?

 

3) Menawarkan diri memberi komen.

Walaupun mereka tak tanya. Apa salahnya memuji jika hasil kerja nya memang bagus. Sekurang-kurang mereka rasa ada juga perasan kewujudan nya di syarikat itu. Kalau rasa ada yang tak berapa betul dan perlu diberi penambahan cakap lah dengan ayat yang lebih elok dan atas dasar cadangan. Bukan arahan. Contohnya "Hasil nya sudah bagus! Tapi kan atas cadangan saya elok tak kalau buat penambahan". 

 

4) Berfikir secara positif.

Seorang yang pemalu, anti sosial dan sering menyendiri. Mesti ada sesetengah co-workers lain fikir mereka ini bermasalah, mungkin di luar dari office sikapnya akan berubah dan ada juga yang berkata mereka ni pura-pura dan tunjuk baik. Buang jauh-jauh pemikiran kotor begitu. Walaupun kehidupanya teruk, sepatutnya korang kenalah menyokongnya. Tapi jika mereka memang berpura-pura pun tetapi jika di office tidak menyusahkan korang. Kenapa perlu mengutuk? Tapi mungkin tidak dan lebih baik jika berfikiran positif.

 

Perlu lakukan :

  • Kenal pastu co-workers korang dan cuba berkomunikasi dengan mereka berdasarkan kerja.
  • Cuba ajar mereka untuk lebih mengenali diri dan yakin di khalayak ramai yakni memberi sokongan.
  • Cari jika ada masalah yang boleh korang tolong.

Jangan lakukan :

  • Ketawa di belakangnya, dengan niat mengejek, ini akan menimbulkan lagi rasa malu dan rendah diri.
  • Layan mereka seperti orang asing. Contohnya tidak mempelawa ajak makan bersama.
  • Berkata belakang dan menyebarkan perkara yang tidak sepatutnya. Ia akan dianggap virus.

 

Kesimpulannya. Kita cuba membantu mereka untuk lebih yakin dan buang perasaan malu tidak bertempat. Ada orang memang suka hidup berseorangan. Ada yang jenis suka berkawan tetapi tidak tahu bagaimana nak bermula. Jadi korang ni memang jenis friendly. Apa kata korang yang start dulu. Kalau korang selesa dengan mereka, mestilah mereka akan selesa dengan korang. Apa salahnya membantu kan memandangkan mereka juga adalah co-workers korang.