Masih Ada Harapan Nak Selamatkan Smartphone Korang Yang Terjatuh Dalam Air, Buat 6 Cara Ni
# Gaya Hidup # Trending Semasa

Masih Ada Harapan Nak Selamatkan Smartphone Korang Yang Terjatuh Dalam Air, Buat 6 Cara Ni

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Apr 26, 2020
pada 10:02 AM

Malang tak berbau. Siapalah kita nak jangka musibah yang bakal menimpa di masa akan datang. Termasuklah kejadian-kejadian seperti telefon bimbit terjatuh ke dalam air. Mesti stress, kan? Dah lah mahal, masuk pulak dalam air. Habis rosak!

Eh, nanti dulu. Sebelum korang buang telefon bimbit korang yang terjatuh dalam air tu, baik korang buat 6 perkara ni terlebih dulu. Tak semestinya telefon bimbit yang terjatuh dalam air tu akan rosak. Tak payah buang duit beli baru tau. Kan dah jimat!

 

Cara Selamatkan Telefon masuk Air


#1 Jangan tekan apa-apa

Pastinya anda tertanya-tanya sama ada telefon masih berfungsi lalu anda menekan semua butang yang ada. Pada peringkat ini, jangan usik butang 'ON' atau mana-mana butang bimbang jika berlaku litar pintas.

#2 Tanggalkan bateri

Tanggalkan bateri dengan secepat mungkin jika anda menggunakan telefon jenis bateri boleh tanggal.

#3 Tanggalkan kad sim dan kad memori
Sekurang-kurangnya jika telefon rosak, anda masih tidak kehilangan data, fail penting, dan contacts.

#4 Lap dengan tuala
Keringkan bahagian luar telefon dengan tuala atau kain kering. Pada langkah ini pastikan air tidak dapat masuk ke dalam speaker.

#5 Jangan tiup!
Anda dinasihatkan supaya tidak meniup mana-mana bahagian telefon apatah lagi meggunakan pengering rambut. Ini kerana angin yang kuat boleh menolak air masuk ke ruang-ruang lain. Malahan, udara panas pengering rambut menghasilkan wap air dan ini akan merumitkan lagi telefon anda.

#6 Masukkan ke dalam beras
Jika anda masih belum tahu, beras baik untuk menghilangkan kelembapan sama seperti silica gel. Tinggalkan peranti anda dalam beras sekurang-kurangnya 72 jam kemudian cuba hidupkan kembali telefon anda.