Masih Tak Kerja Atau Nak Sambung Pengajian? Macam Mana Nak Settle PTPTN? Boleh Tangguh Guna Cara Ni.
# Gaya Hidup

Masih Tak Kerja Atau Nak Sambung Pengajian? Macam Mana Nak Settle PTPTN? Boleh Tangguh Guna Cara Ni.

post by sofea

by sofea

Aug 9, 2018
pada 7:06 AM

Peningnya kepala macam mana nak settlekan PTPTN ni! Apply kerja tak dapat-dapat, tapi kalau nak sambung Master pula, macam mana nak bayar PTPTN! Kang tak pasal-pasal kena blacklist, nak buat apa ni?!

Relaks! Jangan panik!

Ada penyelesaiannya!

Korang tahu tak sebenarnya bagi mana-mana peminjam PTPTN yang bercadang nak sambung pelajaran lagi, korang boleh buat penangguhan pengajian. Selain kes melanjutkan pengajian, banyak lagi sebab-sebab lain yang membolehkan korang buat penangguhan bayaran balik, macam dalam jadual kat bawah ni: 

Macam Mana Nak Buat Permohonan Penangguhan?

1. Korang boleh kemukakan permohonan kepada pihak PTPTN menggunakan surat permohonan rasmi penangguhan ataupun borang permohonan penangguhan ni.

2. Kumpulkan semua dokumen ni:

    i.   Surat tawaran pengajian terkini daripada IPT menyatakan tarikh sebenar tamat pengajian;

    ii.  Surat akuan sumpah tidak bekerja;

    iii. Penyata KWSP terkini atau Surat pengesahan dari KWSP yang mengesahkan peminjam belum mencarum.

3. Peringatan:

  • Untuk pemohon yang masih belajar, korang hanya sediakan dokumen (i) je.
  • Untuk yang belum kerja, sediakan dokumen (ii) dan (iii) je. 

4. Kalau permohonan tak lengkap, tak akan diproses. 

5. Sepanjang tempoh penangguhan bayaran balik, kos upah akan dikenakan. 

6. PTPTN yang akan menetapkan tempoh penangguhan bayaran balik. 

7. Permohonan penangguhan hanya akan diluluskan setelah pertukaran Ujrah dilakukan.

8. Warning: Penangguhan yang korang buat ni hanya akan mengecualikan korang daripada tindakan penguasaan je, tapi ia tidak menghalang PTPTN daripada buat tindakan berikut:

  • Senaraikan nama peminjam dalam rekod Central Credit Reference Information System (CCRIS); dan
  • Menyalurkan nama kepada pihak ketiga lain bagi maksud pemantauan.

9. Sebaik tempoh penangguhan bayaran tamat atau terbatal, jumlah tertunggak yang perlu dibayar adalah termasuk ansuran bulanan dan kos upah sepanjang tempoh penangguhan.

10. Kelulusan penangguhan akan dimaklumkan melalui surat kepada peminjam.

11. Bagi peminjam yang penangguhannya telah diluluskan tetapi berhasrat untuk memulakan bayaran balik pinjaman lebih awal, peminjam boleh berunding untuk penstrukturan semula pinjaman.

12. PTPTN berhak membatalkan kelulusan penangguhan ini sekiranya:

  • Didapati peminjam menerima gaji atau elaun dalam tempoh penangguhan.
  • Didapati peminjam memberikan maklumat palsu untuk mendapatkan kelulusan permohonan penangguhan

Sumber: PTPTN