Baru Tukar Bateri Tapi Kereta Masih Tak Boleh Hidup? Cuba Periksa 9 Benda Ni Dulu
# Gaya Hidup

Baru Tukar Bateri Tapi Kereta Masih Tak Boleh Hidup? Cuba Periksa 9 Benda Ni Dulu

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Apr 15, 2018
pada 2:15 AM

Siapa yang pernah berhadapan dengan situasi kereta tak boleh nak start, mesti faham macamana paniknya rasa, kan? Lebih-lebih lagi kalau kereta tak boleh start pada lampu isyarat. Apa-apapun, jangan panik dulu. Korang boleh cuba periksa 9 perkara ni terlebih dahulu.

 

1. Gear Lever Bukan Pada P

Yang ni memang kelakar, punye la panik! Tapi bile sedar tengok gear tu kat D la, kat R la, kat 2 atau L. Memang la tak hidup! Untuk kereta jenis automatik, kene pastikan gear lever tu pada ‘P’ baru enjin tu boleh dihidupkan.

2. Minyak petrol tak sampai

Ni pun biasa berlaku, pusing kunci enjin boleh crank tapi crank sampai besok pun tak hidup jugak enjin tu. Mungkin minyak petrol anda habis dah, tapi kalau banyak lagi dan anda pasti, mungkin ada masalah pada pam petrol anda atau penapis petrol yang membuatkan minyak tak sampai. 

3. Steering lock

Lupa atau tak sedar steering tu kene lock? Sebab tu kunci tak boleh pusing, pusing sikit steering tu sambil pusingkan kunci, baru la boleh hidup enjin tu.

4. Spark plug bermasalah

Susah nak hidup tapi boleh crank, atau dah hidup tapi semput-semput. Mungkin masalah Spark plug yang kotor atau basah akibat leaking atau patah ke atau apa saja.

5. Ignition coil bermasalah

Lebih kurang je simptom macam spark plug rosak.

6. Starter bermasalah

Sebelum starter rosak sepenuhnya ia pasti akan memberi amaran dulu. Contohnya bile nak crank rasa kosong je. Pernah tak anda terlupa yang enjin tengah hidup dan anda crank lagi sekali dan kemudian ada bunyi macam besi bergesel? Bunyi macam tu la yang akan terhasil bila starter dah mula haus. Sebelum tak boleh hidup lansung enjin anda, baik tukar.

7. Timing belt bermasalah

Kalau boleh crank tapi bunyi pelik atau gegar enjin lain macam, hentikan berbuat demikian, dikhuatiri timing belt anda longgar atau putus sewaktu crank. Bunyi tu agak menakutkan macam ade besi tengah meloncat-loncat dalam enjin.​

8. Aircond compressor jammed

Kalau kompressor aircond tersangkut atau jem, ia boleh menyekat enjin untuk hidup. Jadi kalau nak jalan jugak kene potong belting aircond dan power steering tu. Jadi takde aircond la. Sampai ke bengkel tukar kompressor dan belting baru.

9. ECU bermasalah

ECU atau komputer atau otak kepada kereta anda bermasalah. Kadang-kadang kapasitor dalam tu pecah dan bocor lalu menghasilkan asid yang boleh mencairkan board ECU tu. kalau ECU tu yang rosak cepat-cepat hantar baiki, Kalau orang tu pandai dia boleh cuci balik board tu dan tukar kapasitor baru melainkan kalau dah lama jadi dan asid tu dah makan board tu. Tapi pada yang tak berapa pandai nak tukar kapasitor tu diorang suruh beli ECU baru je yang mahal!