"Bukan Sebab Bidang 'Medical Assistant' Tak Bagus Tapi Sebab Peluang Pekerjaan", Lelaki Luah Realiti Sebenar!
# Pengetahuan Pekerja # Trending Semasa

"Bukan Sebab Bidang 'Medical Assistant' Tak Bagus Tapi Sebab Peluang Pekerjaan", Lelaki Luah Realiti Sebenar!

post by Nazatul

by Nazatul

Jun 3, 2018
pada 1:29 AM

Medical Assistant ataupun digelar sebagai MA berperanan besar dalam sistem perkhidmatan kesihatan di Malaysia. Mereka memainkan peranan penting dalam penjagaan kesihatan dan rawatan perubatan komuniti terutama dalam perkhidmatan penjagaan kesihatan asas dan rawatan kecemasan.

Ditempatkan di dalam kolej perubatan, kerjaya yang tetap menanti setelah tamat latihan pasti seakan sudah melihat masa depan yang terjamin menanti. Namun, benarkah kerjaya itu sememangnya sudah tersedia untuk anda setelah tamat latihan ataupun sebaliknya?

Menurut perkongsian Fie Uiekey di laman Facebook beliau mengenai penantian posting dia dan ramai lagi rakan-rakan sebagai MA selama setahun setengah langsung tiada khabar. Bayangkan ramai yang tidak mendapat tempat, tetapi pengambilan pelajar tetap dijalankan seperti biasa, jadi lambakan student yang masih belum dihantar posting ini mahu dicampakkan ke mana.

Penantian yang menyeksakan. Khas buat student Medical Assistant


 

"Bila?" Setiap kali jumpa kawan satu batch mahupon junior. Soalan mereka. Bila? Bila akan dipanggil.

Malangnya, kapal kami karam, semua lemas. Ada yang mati kat dasar. Ada yang terdampar kat pulau pulau, ada yang berenang ke pulau lain. Just untuk 'servive'

How long you plan to keep us at the bottom of the sea? Nak buat kerja part time, yes kami memang buat, ada yang memang decide untuk abandoned terus MA ni

 Not worth it la nk mnganggur lama-lama. Tu tak tau la bila semua akan dipanggil kalau situasi ni berterusan.

Dunia pada hari ni segalanya hampir berubah, pendidikan bukanlah penentu kepada kejayaan. Biarpun korang ada segulung ijazah dari universiti terkenal dan keputusan peperiksaan pun memang mantap, itu bukanlah satu jaminan lagi yang korang memang akan berjaya dalam kerjaya.

SUMBER: Fie Uiekey