15 Taktik Cucian 'Kaw-Kaw' Supaya Kereta Nampak Baru Yang Tak Ramai Terfikir! Jimat & Senang!
# Gaya Hidup

15 Taktik Cucian 'Kaw-Kaw' Supaya Kereta Nampak Baru Yang Tak Ramai Terfikir! Jimat & Senang!

post by sofea

by sofea

Sep 2, 2018
pada 10:27 AM

Dah beli kereta mahal-mahal tak akan nak biar kotor dan nampak tak bermaya je kan? Ni adalah antara tips-tips supaya kereta sentiasa nampak baru!

#1 Basuh Kereta Dengan Hair Conditioner

Kebanyakan hair conditioner memiliki kandungan lanolin, iaitu sejenis wax/lilin yang dapat membuat kereta nampak licin!

#2 Buang Serangga Yang Korang Dah Langgar Pada Cat Kereta Dengan Cooking Spray

Spraykan cooking spray korang pada bahagian nak dicuci tu, lepas tu lapka dengan kain bersih. 

#3 Bersihkan Wiper Kereta Dengan Rubbing Alkohol Untuk Mengelakkan Kesan Wiper Pada Cermin Bila Mengilap

Korang boleh guna kapas atau kain yang diserapkan dengan alkohol untuk cuci bilah wiper tu. 

#4 Guna Ubat Gigi Baking Soda Untuk Menghilangkan Kotoran Pada Lampu Kereta

Picit sikit ubat gigi tu atas kain lap lepas tu sapu pada seluruh permukaan lampu. Tindak balas kasar dengan baking soda tu tadi akan menghilangkan kotoran macam baru!

#5 Bersihkan Celah-Celah Aircond Tu Dengan Span Kraf

#6 Atau Gunakan Spray Compressed Air Untuk Hilangkan Debu Dekat Ruang-Ruang Yang Sempit

#7 Gunakan Stokin Lama, Cawan & Pencuci Cermin Untuk Membersihkan Tempat Letak Air

Sarungkan stokin lama (yang dah basuh ok!) pada cawan yang muat dekat tempat letak air korang. 

Lepas tu, spraykan dengan pembersih gelas.

Kemudian, letak cawan yang dah pakai stokin tu pada tempat letak air dan pusing-pusingkan untuk membuat semua kotoran yang ada dekat dalam tu melekat pada stokin.

Puas hati tengok!

#8 Bersihkan Ruang Dalam Kereta Dengan Penapis Kopi

#9 Hilangkan Kotoran Di Celah-Celah Kerusi Dengan Menggunakan Berus Gigi

#10 Gunakan Srewdriver Dengan Hujung Yang Macam Ni & Juga Kain Lap Untuk Cuci Di Celah-Celah Yang Sempit

#11 Cuci Dashboard Dengan Vaseline

Sebelum buat benda ni, korang kena bersihkan dulu debu-debu yang ada dengan air dan kain lap. Lepas tu barulah sapu Vaseline. 

#12 Bersihkan Cermin Kereta Dengan Baby Wipes

Simpan sebekas baby wipes dalam kereta terutama sekali kalau korang travel jauh. Tak adalah korang serabut tengok cermin kotor!

#13 Jangan Lupa Untuk Turunkan Tingkap Bagi Membersihkan Sekitar Sisi Cermin Sekali

-Ni Pula Adalah Tips Untuk Buat Kereta Bau Macam Baru!-

#14 Korang Boleh Guna Pengepit Kayu Yang Dititiskan Dengan 5-10 Titik Essential Oil! Jimat Habis!

#15 Atau.. Jangan Buang Kulit Nenas! Korang Boleh Gunakannya Untuk Mewangikan Bau Kereta!