Terdapat pelbagai jenama ubat gigi yang dijual di pasaran. Dari segi fizikal terlihat sama sahaja. Namun, perhatikan secara teliti semula, terdapat beberapa tanda pendek di setiap hujung tiub ubat gigi anda.
by Ehsan

Ada berwarna hitam, merah, biru atau hijau. Sudah semestinya bukan suka-suka diletakkan kod warna ini dan mempunyai maksud tertentu.
Tetapi, menurut satu laporan media yang dikeluarkan, tanda ini ialah sebahagian daripada proses pengeluaran tiub ubat gigi. Maklumat tersembunyi di dalam tanda ini akan dibaca oleh sensor pancaran cahaya.
Fungsinya ialah untuk memaklumkan mesin pengeluar ubat gigi di mana tiub itu patut dipotong, dilipat atau digam. Itu sahaja! Jangan salah faham lagi.
Tetapi untuk tahu jika produk itu merbahaya atau tidak, silalah rujuk kepada ramuan yang tertera pada labelnya.