Majikan Wajib Bayar Gaji Pekerja Walaupun Premis 'Tutup' - Peguam Sumber Manusia
# Trending Semasa

Majikan Wajib Bayar Gaji Pekerja Walaupun Premis 'Tutup' - Peguam Sumber Manusia

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Mar 15, 2022
pada 11:01 AM

Menurut sumber daripada Astro Awani, peguam sumber manusia Firdaus Zakaria berkata majikan wajib membayar gaji pekerja untuk tempoh dua minggu pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang berkuatkuasa 18 hingga 31 Mac ini. Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan berlandaskan kepada tiga akta iaitu Akta Kerja 1955, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 serta Akta Polis 1967 yang mewajibkan pekerja untuk berada di rumah.

 

 

Ini penjelasan beliau:

"Ini adalah arahan untuk semua pekerja bekerja seperti biasa, cuma bekerja dari rumah. Ia bukan pelepasan cuti. ia satu kaedah mengawal pergerakan sahaja.

Mereka perlu dibayar gaji sepert biasa, cuma soal elaun itu adalah perkara yang berbeza kerana ia bukan suatu kemestian untuk dibayar.''

 

Bagi pekerjaan yang tidak boleh dilakukan di rumah seperti operator pengeluaran, pihak majikan wajib menanggung bayaran gaji untuk tempoh Perintah Kawalan pergerakan.

"Ia perlu dipatuhi, contohnya pekerja kilang yang mesti berada di kilang, namun susulan arahan kerajaan untuk berada di rumah, mereka perlu berada di rumah masing-masing. Mereka mesti dibayar gaji dan tidak boleh dipotong," katanya