[Download Borang] - Ini Cara Permohonan Bantuan Bulanan (Min RM100) Dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
# Gaya Hidup

[Download Borang] - Ini Cara Permohonan Bantuan Bulanan (Min RM100) Dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Mar 23, 2020
pada 2:40 PM

Jabatan Kebajikan Masyarakat telah mewujudkan perkhidmatan bantuan kewangan bagi membantu kumpulan sasar yang memerlukannya. Skim bantuan yang diwujudkan adalah sebagai alat dalam proses menolong klien ke arah pemulihan, pencegahan, pembangunan dan pengintegrasian, yang merupakan satu kaedah dalam kerja sosial. 

 

Objektif Skim Bantuan Kebajikan

 

  • Memenuhi keperluan asas (basic needs) bagi meringankan beban penerima bantuan
  • Alat sokongan sosial (social support tools) untuk menilai kemampuan penerima bantuan ke arah berdikari dan mengurangkan kebergantungan kepada bantuan
  • Alat pemulihan (rehabilitation tools) agar penerima bantuan terus kekal tinggal bersama komuniti/masyarakat.
  • Sumber kewangan sementara penerima bantuan meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup

 

Siapa Yang Layak Mohon?

Semua permohonan yang dibuat perlu memenuhi kriteria dan kadar pemberian bantuan kebajikan berdasarkan kepada setiap jenis bantuan berikut:

1.Bantuan Kanak-Kanak (BKK);

  •  Minimum  sebanyak RM100 sebulan seorang dan maksimum sebanyak RM450  seisi rumah melebihi  4 orang kanak- kanak.

2.Elaun Pekerja Cacat (EPC);

  • RM400 sebulan seorang.

3.Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB);

  • RM250 seorang sebulan.

4.Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/ Pesakit Kronik Terlantar (BPT);

  • RM350 sebulan seorang.

5.Bantuan Orang Tua (BOT);

  •  RM350 sebulan seorang.

6.Bantuan Am Persekutuan (BA);

  • RM100 sebulan seorang.  Maksimum RM350 sebulan sekeluarga.

7.Bantuan Anak Pelihara (BAP);

  • RM250 sebulan seorang kanak-kanak.  Maksimum RM500 sebulan sekeluarga yang memelihara 2 orang kanak-kanak atau lebih.

8.Bantuan Latihan Perantis (BLP);

  • RM200 sebulan seorang.

9.Bantuan Geran Pelancaran (GP);
10.Bantuan Alat Tiruan/ Alat Sokongan (BAT);
11.Tabung Bantuan Segera (TBS).

 

 

Bagaimana Cara Buat Permohonan?

Pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti:

  1. salinan Kad Pengenalan diri pemohon
  2. salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama
  3. salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
  4. salinan penyata gaji (jika ada), dan lain-lain dokumen yang berkaitan.

 

Download Borang Permohonan

 


 

Untuk sebarang pertanyaan, boleh segera hubungi talian Jabatan Kebajikan Masyarakat 03 - 8000 8000