Isi Rumah Pendapatan RM4,000 Terima RM1,600 & Ini Senarai Bayaran Bujang, Pesara, Penjawat Awam & Lain-Lain
# Gaya Hidup

Isi Rumah Pendapatan RM4,000 Terima RM1,600 & Ini Senarai Bayaran Bujang, Pesara, Penjawat Awam & Lain-Lain

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Mar 26, 2020
pada 5:20 PM

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin baru saja mengumumkan senarai bayaran bantuan bagi golongan tertentu ketika membentangkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat atau PRIHATIN berjumlah RM250 bilion sebentar tadi.

 


 

Berikut adalah senarai bantuan yang bakal diterima bagi golongan berikut:

1. Isi rumah pendapatan bulan RM4,000 ke bawah akan mendapat bayaran RM1,600.

  • bayaran RM1,000 akan dibayar pada bulan April 2020 dan RM600 pada bulan Mei 2020.

2. Isi rumah berpendapatan RM4,000 hingga RM8,000 pula akan menerima bayaran RM1,000

  • dibayar sebanyak RM500 pada bulan April, manakala selebihnya pada Mei tahun ini.

3.  Individu bujang berusia 21 tahun ke atas dengan pendapatan RM2,000 ke bawah

  • terima bayaran bayaran RM800

4.  Individu bujang 21 tahun ke atas dengan pendapatan RM2,000 ke atas.

  • terima bayaran RM500

5. Pelajar di institusi pengajian tinggi akan menerima bayaran RM200 secara one-off (sekali bayar) pada Mei ini

6. Pemandu e-hailing akan menerima bantuan one-off RM500.

7. Bantuan tunai RM500 kepada penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk mereka yang bekerja secara kontrak. 

  • bayaran dibuat bulan April 2020

8. Bantuan RM500 secara one-off kepada lebih 850,000 pesara Kerajaan juga pada bulan April 2020 

9. Penangguhan bayaran balik pinjaman kepada peminjam Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran mulai 1 April 2020 hingga 30 September 2020. 

10. Bayaran penggantian pendapatan sebanyak RM50 sehari bawah MySalam, turut dipanjangkan kepada golongan B40 yang dikuarantin sebagai pesakit di bawah siasatan (PUI)

11. Pengecualian pembayaran sewa bagi PPR dan Perumahan Awam selama 6 bulan

12. TNB akan menambah peruntukan  RM530 juta untuk diskaun berperingkat. Diskaun 50 peratus kepada penggunaan bawah 200 kilowatt sebulan; 25 peratus antara 201 hingga 300 kilowatt dan 15 peratus bagi 301 hingga 600 kilowatt

13. Kerajaan akan bekerjasama dengan NGO, persatuan dan usahawan sosial yang berkaitan untuk menyalurkan bantuan makanan, barangan penjagaan kesihatan dan tempat perlindungan dengan peruntukan sebanyak RM25 juta #prihatinrakyat

14. Antara pakej khas yang akan ditawarkan syarikat-syarikat komunikasi adalah internet percuma kepada semua pelanggan dengan nilai RM600 juta bermula 1 April 2020 selama tempoh pelaksanaan PKP #prihatinrakyat

 


 

Kami akan kemaskini maklumat permohonan dari semasa ke semasa.

Download aplikasi Maukerja di App Store Atau Google Play Store 

untuk info terkini setiap hari.