Dipaksa Bekerja Lebih 1 Jam, Pekerja Ini Menang Kes Di Mahkamah!
# Pengetahuan Pekerja

Dipaksa Bekerja Lebih 1 Jam, Pekerja Ini Menang Kes Di Mahkamah!

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Jan 21, 2021
pada 5:41 PM

Pada 11 Januari baru ini, kes Pekerja di Hospital Sri Manjung menuntut bayaran elaun lebih masa (OT) 1 jam di Jabatan Tenaga Kerja telah menang dalam perbicaraan Mahkamah Buruh. Menurut ciapan dari twitter milik akaun Kesatuan Pekerja Swasta Hospital Kerajaan, kejayaan kes ini membuktikan, majikan yang menambah 1 jam masa kerja adalah tidak munasabah. Dipaksa Bekerja Lebih 1 Jam, Pekerja Ini Menang Kes Di Mahkamah!

Kejayaan ini juga adalah satu lambang kemenangan yang boleh memperkasakan pekerja di Malaysia. 

Rentetan cerita:

Sebelum ini majikan UEMS telah menambah 1 jam masa kerja kepada semua pekerja shift di Hospitaltara. Masa kerja sebelum ini adalah antara 7 pagi - 3 petang, 3 petang - 11 malam, dan 11 malam - 7 pagi. Dimana jumlah kerja setiap hari adalah 8 jam sahaja. Tetapi, pihak UEMS telah menambah 1 jam tanpa persetujuan pekerja. Maka pekerja menuntut bayaran kerja lebih masa (OT) dari pihak JTK.

 

 

Dengan kemenangan tersebut, UEMS telah diperintahkan untuk membayar Gaji Kerja Lebih Masa Hari Biasa sebanyak RM1,211 kepada pekerja tersebut. Bayaran tersebut adalah bagi bulan Februari 2020 hingga Ogos 2020.

 

Kenapa hal ini penting kepada semua pekerja di Malaysia?

Menurut IRO kesatuan, Selvam berkata, “Kes ini adalah mengenai tuntutan bayaran lebih masa (OT) bagi kerja shift yang telah ditambah dengan sewenangnya oleh majikan Edgenta UEMS dari 8 jam ke 9 jam setiap hari tanpa persetujuan pekerja.”

Tambah beliau lagi, “Dalam mana-mana kontrak pekerjaan antara majikan dan pekerja sedia ada, sebarang pertukaran terma dan syarat dalam kontrak tersebut, perlu ada persetujuan kedua belah pihak, iaitu majikan dan pekerja. Dalam kes hari ini, mahkamah Buruh dengan jelas menyatakan, tindakan majikan Edgenta UEMS menambah satu jam waktu bekerja TANPA persetujuan adalah SALAH.

Sumber: Twitter Kesatuan Pekerja Swasta Hospital Kerajaan @KesatuanPSHK