Bakal Perkenal ‘Unlimited Annual Leave’, Vivy Terinspirasi Dari Syarikat Netflix
# Pengetahuan Pekerja # Trending Semasa

Bakal Perkenal ‘Unlimited Annual Leave’, Vivy Terinspirasi Dari Syarikat Netflix

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Feb 10, 2021
pada 11:30 PM

Siapa tak kenal bila kita sebut sosok nama Vivy Yusof ini. Bukan sahaja cantik, malah sangat pintar dan berjaya dalam bidang perniagaan beliau. Ramai juga anak muda yang terinspirasi dari kejayaan beliau dalam bidang retail. Bakal Perkenal ‘Unlimited Annual Leave’, Vivy Terinspirasi Dari Syarikat Netflix

Pengasas bersama The Duck Group baru-baru ini memuat naik video pendek di laman sosial Instagram peribadinya, mengenai cadangan beliau kepada senior syarikat mereka untuk memperkenalkan cuti tahunan tanpa had kepada pekerja syarikat mereka. 

 

‘Saya mencadangkan cuti tiada had untuk syarikat dan mendapat respon mengejutkan daripada pekerja senior. Ia berjalan dengan lancar di Netflix- mereka memberi kepercayaan kepada pekerja untuk menguruskan masa serta menguruangkan kerja-kerja pengurusan oleh pengurus.”

 

Apa itu cuti tanpa had?

Pekerja boleh mengambil cuti pada bila bila masa yang mereka perlukan dan ianya tidak perlu di rekod oleh syarikat. Bukan itu sahaja, cuti tersebut juga dikira sebagai ‘paid leave’, bermaksud korang cuti dan masih menerima gaji!

 

Berbeza dengan kebanyakkan syarikat di Malaysia sekarang, cuti tahunan antara 13- 28 hari sahaja. Kalau habis korang guna untuk tahun tu, dan nak cuti lagi, ianya akan dikira sebagai ‘cuti tidak berbayar’ atau ‘unpaid leave’.

 

Sebelum ini pun dah banyak syarikat gergasi yang memperkenalkan cuti seperti ini kepada pekerja mereka. Antaranya seperti Netflix, LinkedIn, Evernot, Github, Kickstarter dan banyak lagi.

 

Mereka ini percaya, bila dorang bagi cuti tanpa had kepada pekerja mereka, pekerja akan lebih bersemangat dan bermotivasi untuk bekerja. 

Menurut Netflix, pekerja mereka selalu kerja lebih masa tanpa mengenal hujung minggu atau holidays, dan mereka merasakan faedah yang diberikan ini adalah satu keselesaan untuk pekerja mereka untuk terus bermotivasi meneruskan kerja.

Dengan itu, para pekerja patut diberi kebebasan untuk mengambil sebanyak mana cuti yang mereka perlukan tanpa perlu direkod oleh syarikat.