Tak Payah Dah Beratur, Buka Akaun ASB Online Je!
# Trending Semasa

Tak Payah Dah Beratur, Buka Akaun ASB Online Je!

post by MJ

by MJ

Sep 30, 2021
pada 7:29 AM

Tak Payah Dah Beratur, Buka Akaun ASB Online Je!

Penulis - Aina

Sebelum ni ramai yang harap ASB bagi buka akaun secara online kan? Akhirnya, hajat korang tercapai sebab ASB baru je umumkan yang pendaftaran akaun boleh dilakukan tanpa perlu ke kaunter! Korang hanya kena muat turun aplikasi myASNB dan ikut tiga langkah mudah ni!

Tak Payah Beratur, Daftar Online Je!

Langkah 1: Muat turun aplikasi myASNB melalui Google Play Store, App Store atau App Gallery.

 

Langkah 2: Isi butiran diri dan daftar akaun!

Selesai isi maklumat, nanti korang akan dapat mesej untuk sahkan pendaftaran.

 

Langkah 3: Boleh mula melabur! 

Untuk melabur dengan ASB, korang tak perlu mula dengan nilai yang besar! Hanya perlu RM10 dan korang boleh guna ASB ni sebagai tabung “emergency fund”. Ya, korang boleh guna aplikasi ni untuk segala urusan ASB. Kalau buat urusan melalui aplikasi bank tersendiri, kena caj RM1 tapi dengan myASNB ni percuma je!

 

Nak tunggu lagi ke? Kalau korang masih lagi berdalih – pastikan korang bersiap sedia untuk 1 Oktober. Kenapa? Sebab tiap awal bulan, ASB bagi RM10 percuma kepada pendaftaran baru untuk 1,000 terawal. Dah la buka akaun RM10 je pastu ASB nak bagi RM10 pulak – terus ada RM20 dalam simpanan!!