5 'Driving Hacks' Ni Betul-Betul Boleh Jimatkan Banyak Minyak Kereta!
# Gaya Hidup

5 'Driving Hacks' Ni Betul-Betul Boleh Jimatkan Banyak Minyak Kereta!

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Sep 10, 2017
pada 7:31 AM

Ramai daripada kita yang berkereta pasti berhadapan dengan masalah ni. Kadang kala kita tak tahu kenapa kereta kita menghadapi masalah minyak cepat habis padahal rutin penggunaan kereta sama je.

Contohnya macam minggu ni korang ulang-alik ke tempat kerja, seminggu baru minyak kereta habis. Tapi minggu berikutnya, bila  korang ulang-alik ke tempat kerja, tak sampai seminggu minyak kereta dah habis dah. Kenapa ya? Padahal destinasi adalah seperti minggu lalu.
 

Ini ada 5 'driving hacks' yang boleh menyelamatkan minyak kereta korang dari habis cepat.

1. Jangan letak pedal di bahagian metal

Selalunya kalau di kelas memandu, korang kena tekan minyak dan brake dengan lancar. Jangan tekan secara mengejut sebab ini menyebabkan penggunaan minyak kereta yang lebih.

2. Servis 'on-time'

Penapis minyak dan minyak perlu ditukar setiap 4,500 miles. Jangan lupa gantikan plug dan penapis udara. Pastikan korang lakukan servis on-time bagi mengelakkan lebih banyak duit dikeluarkan pada masa akan datang.

3.  Tutup air cond

Dalam kes ni, korang kena decide sendiri mana yang lebih penting. Keselesaan ataupun minyak? Kalau korang buka aircond, penggunaan minyak meningkat 15% secara purata tau. Kalau minyak agak-agak dah nak habis tu, korang tutuplah aircond ye. Boleh jimat minyak sementara jumpa stesyen pam minyak.

4. Jangan memandu ketika hujan

Memandu pada waktu hujan akan meningkatkan lagi penggunaan minyak kereta. Ini kerana kereta memerlukan tenaga yang lebih untuk mengawal keadaan angin di atas jalan raya.

5. Buang barangan tak diperlukan

Dalam bonet kereta tu, selagi boleh sumbat, korang sumbat, kan? Haa tau tak, semakin berat kereta korang tu, semakin banyak penggunaan minyak kereta diperlukan tau. Rugi sangat bawak barang banyak-banyak ke sesuatu destinasi tapi tak gunakan pun. Minyak pun habis banyak.

Sumber: Brightside


 

Pendaftaran terbuka sekarang! EKSPO MAUKERJA 2017 : Penang Edition yang bakal berlangsung 23 September 2017 (Sabtu) di CAT Wisma Yeap Chor Ee, Georgetown. Banyak aktiviti yang menarik menanti anda seperti:

> Melebihi 1,000 peluang pekerjaan terkini di sekitar Penang
> Temuduga On The Spot!
> Keputusan temuduga dalam 24 Jam
> Syarikat-syarikat besar turut menyertai!
> Banyak jenis pekerjaan : Full Time, Part Time, Internship, Freelance
> Pelbagai aktiviti menarik menanti anda!

Menarik? Cepat dapatkan Ticket VVIP ke tempat temuduga >> Klik untuk dapatkan Ticket Masuk VVIP 

 

(Terhad kepada 7,000 pendaftar terawal sahaja!)

 

*PS: Ticket Masuk VVIP termasuk [1x Ticket Masuk Ekspo Maukerja] + [1x RM5.00 Grab Discount Coupon]*