Pelajar Internship Seharusnya Lakukan 10 Amalan Ini Jika Mahu Disenangi Majikan
# Pengetahuan Pekerja

Pelajar Internship Seharusnya Lakukan 10 Amalan Ini Jika Mahu Disenangi Majikan

post by Izuan

by Izuan

Jul 6, 2017
pada 3:28 AM

Bermula lah kembali musim untuk para pelajar memulakan aksi dalam mencari tempat untuk latihan industri atau internship! Ini bermakna beribu pelajar akan sama-sama memulakan process latihan industri daripada seluruh universiti. Kebiasaannya latihan industri ni mengambil masa 3 bulan hingga 6 pun ada tau. 

Waktu internship ini lah para intern akan mula belajar kemahiran-kemahiran dan berpeluang untuk menambahbaik resume serta berkenalan dengan mereka yang bekerjaya ni. Ini merupakan satu peluang yang besar untuk nak merasa bagaimana kehidupan bekerja ni? Merasa nak pakai sut pergi kerja pegang messennger bag sebab kalau kat universiti pakai macam tu orang kata buang tabiat pulak kan? Haha.. Yang paling penting dari internship ini lah korang berpeluang untuk diserap masuk menjaadi pekerja tetap. 

Untuk nak menggunakan tempoh latihan industri korang tu tahap maksima dan bersinar mengalahkan orang lain, ini ada 10 cara korang boleh cuba supaya majikan akan nampak korang:

1. Buat homework sebelum masuk kerja pada hari pertama

Jangan ingat sebelum nak datang interview je kena bersedia buat reserach pasal company semua. Sebelum nak masuk kerja pun kena juga tau. Ulang semula pengetahuan pasal syarikat tu, budaya, siapa pengerusi atau CEO nya dan sebagainya. Jangan pula nanti berebut parking dengan pekerja senior. Haa malu korang sampai la ke sudah. 

Bila korang bersedia baru lah nampak berkeyakinan dan manager atau supervisor pun suka dengan perangai korang yang bersedia tu. Selain itu biasakan diri dengan perkara-perkara umum seperti macam mana nak gunakan mesin photostat, fax, email, daan segala yang berkaitan. Jadi tak perlu lah supervisor korang kena jelaskan berjela-jela.

2. Berpakaian menarik dan beretika

Korang jangan berpakaian berdasarkan baju apa yang korang ada dalam almari tu, tapi cuba untuk berpakaian seimbang dengan jawatan yang disandar. Tak kisah lah korang ni intern je ke, tapi pemakaian korang tu penting. Nanti dalam borang penilaian yang supervisor korang kena isi, ada tau markah untuk pemakaian korang. Jadi janngan ingat yang diri korang tu tak penting sebab intern je,  maksudnya boleh kalau nak pakai kasual. 

Satu tip penting untuk korang semua, waktu intern ni mesti lah korang nak rasa dilayan seperti orang dewasa dan salah satu pekerja di syarikat itu kan? Jadi korang perlu berpakaian dan lagak seperti orang dewasa yang bekerja. Dengan cara ini, pekerja lain tak akan selalu cakap yang korang ni pelajar je lagi dan ambil mudah je dekat korang.

Kalau pengetahuan korang bagus, cara pemakaiann korang pun bagus, dan perwatakan pun matang, supervisor pun rasa macam berurusan dengan pekerja yang berpengalaman dan diorang mungkin akan bawa korang merasai jumpa  client ke atau acara-acara penting.

3. Internship itu sama seperti kerja betul

Ubah sikap dalam diri korang yang "Alah, latihan industri je pun. Dah la sekejap, 3 bulan je elaun pun tak dapat. Tak payah lah nak beriya sangat buat kerja." Haa ini yang paling silap besar ni. Korang sepatutnya anggap kerja internship korang tu sebagai kerja yang betul walaupun tak dibayar sedikit sekalipun. Ini lah pengalaman dan boleh ditulis dalam resume korang untuk nak c ari kerja tetap nanti. 

Korang perlu ingat, kerja yang korang buat tu akan beri impak dalam syarikat walaupun kecil tau. Jadi jangan ambil ringan dan ingat supervisor korang tak ambil peduli.

4. Selalu simpan pakaian kecemasan di pejabat

Biasakan diri untuk simpan satu tali leher bagi lelaki dan sepasang kasut tumit tinggi yang sesuai untuk yang perempuan pula sebab korang tak akan pernah tahu bila masa yang tiba-tiba korang perlu hadiri mesyuarat atau apa-apa majlis formal. 

Bila supervisor atau pekerja lain tiba-tiba panggil korang untuk meeting emergency tak ada lah korang tak bersedia. Ini juga akan membuatkan supervisor korang kagum dan nampak yang korang ni bersedia.

5. Uruskan masa dengan baik

Memang tak dinafikan yang intern akan ada banyak kerja yang perlu diuruskan. Bos suruh buat ini lah, fail itu lah, dokumen ini lah macam-macam. Jangan stress, dan uruskan dengan teratur. Waktu ini pengurusan masa amat penting buat korang untuk nak siapkan semua kerja. Kalau korang tak pandai uruskan masa, kerja pun tak akan siap, asyik postpone kerja, bila bos  tambah lagi kerja mula lah merungut kata tak siap lagi kerja yang minggu lepas. 

Jujur pada bos jika kerja korang terlampau banyak atau korang tak dapat nak siapkan dalam masa yang diberikan. Ini lebih baik daripada angguk je bila bos bagi kerja tapi akhirnya kerja tak siap-siap.

6. Bersosial tapi ada batasnya

Sebabkan korang perlu ambil serious internship ini macam kerja sebenar korang, jadi memang perlu lah korang kenal semua staff lain kan? Kenali interns yang sama-sama  lalui latihan industri dengan korang sebab korang ni team yang kecil dan perlu sokong satu sama lain. Selain itu, kenali staff-staff senior yang lain tapi ada batasnya. Tidak perlu lah nak bercerita hal keluarga rumah tangga dan segala yang personal. Mungkin mereka akan layan korang seperti kawan, seperti pergi lunch sama-sama, break 5 minit merokok  sama-sama tapi korang mesti tunjukkan hormat juga pada mereka.

7. Malu bertanya sesat jalan

Jangan sesekali takut untuk bertanya soalan yang korang tak tahu dan keluar daripada zon selesa. Sekali-sekal korang perlu juga untuk keluar daripada zon sendiri dan mencuba sesuatu yang baru. Bila korang selalu bertanya , ini menunjukkan yang korang ni memang ada minat untuk belajar dan minat yang mendalam dalam kerja itu. Jika rasa tanya terus kepada supervisor perihal hal kecil-kecil tu macam tak kena je, apa salahnya tanya pada staff yang lain. 

Kalau setakat soalan mudah tak perlulah susah-susah ketuk bilik bos semata-mata nak tanya soalan yang pekerja lain pun boleh jawabkan.

8. Sesuaikan diri dengan persekitaran baru

Korang akan jumpa pelbagai manusia yang berbeza dalam organisasi itu. Berlainan organisasi ada cara bekrja yang tersendiri dan kornag perlu sesuaikan diri dengan persekitaran baru. Jangan terlampau suka kekalkan cara korang tu dan tak mahu langsung mencuba untuk berubah. Kalau korang tak mahu berubah, susah lah kalau nak ada peluang di masa depan.

9. Bina rangkaian kenalan

Waktu intern ini lah masa terbaik untuk korang nak bina kenalan dalam industri yang memang korang akan ceburi kelak. Macam contoh, kalau korang dalam bidang Public Relation, korang akan selalu menghadiri majlis-majlis dan berjumpa dan ramai orang. Ambil peluang untuk kenali orang lain, jadi mudah untuk korang nak minta pertolongan atau mencari kerja nanti. 

10. Minta maklum balas

Sebagai seorang intern, korang akan melalui semakan atau maklum balas mengenai prestasi kerja korang di saat akhir latihan indutsri tamat. Tapi itu terlalu lama untuk tunggu, dan lepas dapat maklum balas pun, tak sempat korang nak menambah baikkan kerja korang tu. Apa yang korang boleh buat, rajin-rajin lah meminta pendapat supervisor korang secara mingguan atau selepas habis satu kerja untuk tahu jika korang ni lakukan yang terbaik atau tidak.

Cara ini akan bantu korang untuk buat dengan lebih baik selepas itu dan tak mengulangi kesalahan yang sama lagi.