Cara Pengiraan Bayaran Cuti Tahunan Selepas Berhenti Kerja Mengikut Akta Kerja 1955
# Pengetahuan Pekerja

Cara Pengiraan Bayaran Cuti Tahunan Selepas Berhenti Kerja Mengikut Akta Kerja 1955

post by Izuan

by Izuan

Feb 20, 2023
pada 11:38 AM

Akta kerja 1955 ini diwujudkan bagi mempertahankan hak kita sebagai pekerja. Maka, perkongsian kali ini adalah berkenaan dengan cara pengiraan bayaran cuti tahunan selepas berhenti kerja mengikut akta kerja 1955 dan pampasan yang boleh dituntut jika ingin berhenti kerja walaupun tempoh berkhidmat belum mencecah setahun.
Jika korang masih mempunyai baki cuti tahunan yang masih belum digunakan, korang berhak untuk menerima bayaran daripada majikan, jadi fahami segala struktur-struktur bagimana untuk mengira jumlah bayaran dibawah sebagai panduan untuk korang.

Proviso Bagi Seksyen 60 E (1) Akta Kerja 1955

"Jika ia tidak cukup dua belas bulan perkhidmatan berterusan dengan majikan yang sama sepanjang tahun yang mana kontrak perkhidmatannya tamat, haknya untuk mendapat cuti tahunan berbayar hendaklah mengikut nisbah langsung dengan bilangan bulan perkhidmatan yang dicukupkan."

Misalnya kalau anda berhenti kerja selepas enam bulan berkhidmat di sesebuah syarikat, namun masih belum pernah ada kesempatan untuk menggunakan cuti tahun, cara kiraanny adalah:

Namun ada juga beberapa situasi lain yang membuatkan jumlah pengiraan tidak digenapkan. Contoh situasi yang dibentangkan dari sumber, Anif mula bekerja pada 1 April dan bercadang untuk berhenti kerja pada 15 Oktober. Pengiraan akan diikutkan mengikut jumlah hari genap, melainkan berhenti pada 1 November, rujuk gambar di bawah untuk gambaran yang lebih jelas:

4.7 Hari? Jika Situasi Begini Berlaku, Ini Lagi Kenyataan Proviso Seksyen 60 E (1) Akta Kerja 1955

“Dengan syarat bahawa mana-mana pecahan dari satu hari cuti tahunan yang  dikira sedemikian yang kurang dari setengah daripada satu hari hendaklah diabaikan, dan sekiranya pecahan daripada satu hari ialah setengah atau lebih ia hendaklah dianggap sebagai satu hari”

Maknanya disini andaikata jumlah kiraan 4.4 (kurang daripada setengah) jumlah akan digenapkan kepada 4 hari sahaja namun, jika terlebih macam di atas 4.7, ia akan terus digenapkan kepada 5 hari.

Cara Pengiraan Jika diberhentikan Kerja

“Jika kontrak perkhidmatan telah ditamatkan oleh mana-mana pihak sebelum pekerja mengambil cuti tahunan berbayar yang mana ia berhak di bawah seksyen ini, majikan hendaklah membayar pekerja kadar upah biasanya bagi setiap hari cuti tersebut”.

Misalnya kalau ada berlaku 'retrenchment' sepanjang bekerja dan masih berbaki cuti, kadar bayaran yang dikenakan mestilah mengikut (ORP) Ordinary Rate Pay atau gaji asas kita mengikut sehari.

Contoh situasi:

ORP Siti sehari RM 80, suatu hari dia diberhentikan kerja dan masih ada baki 14 hari cuti tahunan, jadi majikan harus membayar SIti sebanyak :

RM 80 x 14 hari = RM 1120

Tiada Tuntutan Sekiranya dipecat Akibat Tingkah Laku

“Dengan syarat bahawa subseksyen ini tidak terpakai sekiranya pekerja dipecat di bawah Seskyen 14 (1) (a)”​

Seksyen 14 (1) (a) merupakan pemecatan pekerja tanpa notis alasan-alasan tingkah laku selepas siasatan yang sepatutnya telah dijalankan oleh majikan.

 

Permohonan segera bagi jawatan kosong Entertainment dan Journalism!