Jom Tebus RM30 eTunai Rakyat 2020 Di TnG eWallet, Boost Atau GrabPay! Ikut Step Mudah Ni
# Gaya Hidup

Jom Tebus RM30 eTunai Rakyat 2020 Di TnG eWallet, Boost Atau GrabPay! Ikut Step Mudah Ni

post by Aidil Aizuddin

by Aidil Aizuddin

Jan 6, 2020
pada 12:02 PM

Jawatan Kosong HR/ADMIN  Executive bagi kemasukan awal Januari 2020 di Maukerja.my

Klik pada banner untuk permohonan


MASIH ingat pembentangan Belanjawan 2020 oleh kerajaan berkenaan peruntuntukan RM450 juta bagi insentif eTunai Rakyat? Insentif tersebut telah diumumkan oleh Kementerian Kewangan di bawah Belanjawan 2020 untuk diagihkan kepada 15 juta rakyat Malaysia.

Hanya 3 penyedia eWallet sahaja yang disahkan oleh kerajaan Malaysia bagi perlaksanaan program ini iaitu Touch n Go eWallet, Boost dan GrabPay

 

Anda perlu tahu hanya sekali sahaja setiap orang dapat tebus RM30 itu dan pastikan anda memenuhi syarat. Syarat permohonan eTunai Rakyat RM30:

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 18 tahun dan ke atas untuk tahun 2020; dan
  • Pendapatan adalah bawah daripada RM100,000 setahun.

Korang jangan ingat dapat claim ketiga-tiga aplikasi tau, So total RM90? Kerajaan juga pandai sebab hanya 1 applikasi sahaja lah.

Cara-caranya adalah: 

1. Aplikasi Touch 'N Go eWallet

  1. Download Touch ‘n Go eWallet terlebih dahulu di Appstore/GooglePlay
  2. Sahkan atau verify akaun Touch ‘n Go eWallet.
  3. Claim e-kredit RM30 dan lain-lain ganjaran eksklusif bermula 15 Januari 2020.
  4. Selesai! Dah dapat belanja RM30 yang ada dalam e-Wallet.

 

2. Aplikasi eWallet Boost

  1. Download app Boost terlebih dahulu di appstore/googleplay
  2. Masukkan butiran yang diperlukan dan ikut arahan selanjutnya.
  3. Upgrade kepada Boost Premium.
  4. Sahkan atau verify akaun Boost.
  5. Dapatkan RM5 cashback jika anda berbelanja RM10 yang pertama.
  6. Klik “Get ready to claim e-Tunai” dan ikut arahan yang diberikan.
  7. Claim e-kredit RM30 dan lain-lain ganjaran eksklusif bermula 15 Januari 2020.

 

2. Aplikasi eWallet Grabpay

  1. Download app Grab terlebih dahulu appsrore/googleplay
  2. GrabPay memang ada didalam app Grab.
  3. Aktifkan GrabPay
  4. Masukkan nama dan nombor kad pengenalan (IC)
  5. Ambil gambar kad pengenalan.
  6. Tekan hantar. Anda akan terima pengesahan jika semuanya dihantar dengan betul.
  7. Kemudian tekan dan tebus RM30 bermula 15 Januari 2020.
  8. Selesai! Dah dapat belanja RM30 yang ada dalam eWallet.