Nak Berbulan Madu? Ini Cara Korang Boleh Kekal Jimat Dan 'Stay Under Bajet!'
# Gaya Hidup

Nak Berbulan Madu? Ini Cara Korang Boleh Kekal Jimat Dan 'Stay Under Bajet!'

post by Haifa Nasir

by Haifa Nasir

Dec 11, 2018
pada 7:03 AM

Majlis kahwin hari tu duit keluar bagai air terjun, tapi teringin juga nak pergi berbulan madu. Maklum la mood pengantin baru tengah 'turn on' masih belum padam, tak puas lagi nak luangkan masa bersama pasangan, tak puas berduaan dan bermanja-manja. 

Seronoknya! kalau dapat berbulan madu kan? Tapi  bulan madu bakal jadi satu penyeksaan untuk korang, jika tak dirancang dengan baik. Sebab, pergi ke sesuatu tempat tanpa sebarang perancangan akan buat korang pening kepala je. Seriously! Kalau korang ada bajet ciput, tapi gatal nak honeymoon jugak. Korang wajib baca tips honeymoon dengan kewangan bajet ni!

1. Rancang bajet!

Pasal bajet ni, korang kena berbincang secara dua hala dengan pasangan korang. Supaya korang tak bercanggah pendapat, plus dapatlah korang 'tong tong' duit bersama untuk capai bajet minima yang korang dah rancang. Bila bajet dah 'settle!' Barulah korang boleh pilih lokasi honeymoon yang sesuai dengan citarasa dan bajet korang tu, kalau boleh pilih lah tempat yang selesa, cantik dan murah untuk korang luangkan masa bersama. Baru la seronok dan tak stress. Bila dah dapat tempat sediakan pula intinerari sepanjang tempoh bulan madu tu, tempat mana yang korang akan lawati? Makan dimana? Buah tangan apa yang akan dibawa pulang? Sediakan awal supaya bajet korang sentiasa 'on track' takde la tergelincir atau berbelanja lebih nanti.

 

2. Pilih resort yang menawarkan pakej lengkap.

Pemilihan resort ataupun tempat penginapan ni pun sangat penting, untuk menjimatkan lagi kewangan korang. Korang boleh lah try cari resort yang menyediakan pakej lengkap. Bak kata omputih 'all inclusive' gitu. Kelebihan resort berpakej lengkap ni, diorang dah sediakan segalanya untuk korang, termasuk makanan, aktiviti dan pelbagai kemudahan lain. Jadi korang cuma goyang kaki je, tak payah fikir ape-ape lagi dah. Hanya perlu menikmati dan meluangkan masa berharga bersama insan tersayang je. Mudah kan?

 

3. Buat tempahan di saat akhir.

Kalau korang nak 'cut off' bajet lagi, cara ni memang sesuai sangat weh! Tapi korang kena gigih sikit lah, jangan buat tempahan di awal waktu! Sebaliknya buatlah tempahan di hujung-hujung waktu. Sebab hotel dan syarikat penerbangan selalunya akan buat promosi di saat akhir, jadi masa ni lah korang dan pasangan korang buru tiket atau buat tempahan tersebut. Buru sehingga ketitisan darah terakhir gitu!

 

4. Gunakan 'cable' atau 'connection'

Kalau ada antara ahli keluarga atau kawan-kawan korang yang bekerja dalam sektor perhotelan atau perlancongan ini merupakan satu kelebihan kat korang! Sebab korang tak perlu susah-susah buru tempat. Bagi je tau ahli keluarga korang tu, lepas tu minta tolong diorang 'arrange' kan pakej terbaik. Mana tau boleh dapat diskaun staff ke kan? Inilah kepentingan nya bila korang ada 'cable atau connection,' diorang ni boleh jadi pemudah cara untuk merealisasikan impian bulan madu bajet korang tu. Settle!

 

5. Guna khidmat 'Wedding Planner!'

Tips terakhir ni untuk korang yang masih dalam peringkat untuk merancang perkahwinan. Terutama kalau korang jenis manusia yang 'organize' orang nya dan tak suka pening-pening kepala memikirkan masalah. Korang boleh dapatkan khidmat nasihat dari pakar perancang perkahwinan. Korang cuma perlu bincangkan sahaja bajet dan jenis 'honeymoon' yang korang impikan. Diorang ni akan bagi cadangan yang bernas dan tawarkan pelbagai pakej bulan madu yang lebih murah untuk korang, berbanding korang tempah secara berasingan.

Dengan kepakaran yang memang ada pada seorang pakar perancang perkahwinan, percayalah yang diorang akan bagi kepuasan yang menyeluruh terhadap pengalaman bulan madu korang ibarat magis. Kira nya diorang ni akan bertukar jadi korang punya 'temporary fairy god mother' dan pastikan korang 'lived happily ever after' sepanjang tempoh bulan madu korang tu.