Nak Gaji Yang Tinggi? Elak Guna 5 Ayat Ni Sewaktu Rundingan!
# Pengetahuan Pekerja # Pengetahuan Interview

Nak Gaji Yang Tinggi? Elak Guna 5 Ayat Ni Sewaktu Rundingan!

post by Haifa Nasir

by Haifa Nasir

Feb 2, 2019
pada 12:53 PM

Praktis lah berpuluh-puluh kali pun sebelum ke temuduga, nak cakap apa, gaya bahasa tubuh badan macam mana dan macam-macam lagi. Tapi kalau dah gabra tu mulalah korang cakap merepek waktu interview. Takpa, Team Maukerja faham situasi sebegini memang tak boleh dielak. Tapi bila sebut je 'gaji' terus celik. Okay, walaupun korang rasa dah rosakkan peratusan potensi untuk diterima bekerja, ingat jangan terlepas cakap 5 ayat kritikal ni sewaktu nak runding gaji.

1.'Sorry'

Nak tolak tak sampai hati, jadi okay kot nak minta maaf kan? Perkataan yang sopan ni sebenarnya beri isyarat pada bakal majikan yang korang sanggup terima gaji yang lebih rendah. Tak perlu minta maaf pun pada bakal majikan kerana kedua-dua belah pihak akan terima pulangan yang setimpal juga nanti.  

2. 'Yes'

Disebabkan terlalu teruja dapat interview, korang pun tak kisah dengan gaji yang diberikan. Tanpa berfikir panjang, belum sempat recruiter nak habiskan penjelasan tentang gaji yang ditawar korang pun bantai cakap "yes" dengan niat tak mahu bakal majikan label korang ni berkira.

3. 'Deal nanti pun okay'

Mentang-mentang lah dah confirm korang diterima bekerja di syarikat baru, gaji pun korang boleh nak runding dengan lebih detail selepas mula bekerja. Momentum dan kredibiliti yang ada pada korang tidak sama seperti waktu ditemuduga, jadi bila korang terhegeh-hegeh nak bincang dan runding tentang gaji, minta maaf ya terlambat dah.

4. 'Can we try'

Team Maukerja faham korang baik hati sebenarnya bila nak tolak mentah-mentah tawaran gaji walaupun secara logiknya korang layak terima gaji lebih tinggi dan setimpal dengan kerja yang dimohon. Ramai antara korang akan gunakan ayat seperti "can we try to increase a little bit more.." 

Bakal majikan korang dah temuduga beribu-ribu calon pekerja, buang masa nak cuba. Seeloknya korang gantikan dengan : "I would be more comfortable.."

5. 'My desired salary is..'

Teringin juga nak bagitahu gaji yang korang inginkan, tapi pada bakal majikan ayat seperti ni tampak korang ni demanding gaji. Kalau boleh jangan bocor rahsia korang ni. Tapi kalau dah terlampau nervous waktu interview korang terlepas cakap, pandai-pandai 'cover'. Jikalau manfaat yang ditawarkan oleh syarikat tak begitu memberangsangkan, korang boleh jadikan ayat tersebut sebagai alasan.