Nak Kerja Di Company Yang Happening & Fun? Joinlah MauKerja! Ada 6 Jawatan Korang Boleh Mohon, Pilih Je!
# Jenis Pekerjaan

Nak Kerja Di Company Yang Happening & Fun? Joinlah MauKerja! Ada 6 Jawatan Korang Boleh Mohon, Pilih Je!

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Aug 13, 2018
pada 8:51 AM

Kami selalu terima DM, Inbox dan email daripada job seeker di luar sana:

 

''Admin, macam mana nak apply kerja di Maukerja?''

 

''Admin, kat MauKerja ada kerja kosong tak?''

 

Bukan setakat di media sosial je, di MauTV Live pun ramai yang bertanyakan soalan tentang kerja kosong di Maukerja tau. Berpeluh-peluh admin nak jawab! 

 

 

 

Untuk yang dah lama menunggu peluang bekerja di MauKerja tu, inilah peluangnya! Sekarang ni terdapat ENAM kerja kosong yang korang boleh mohon di sini. Apa lagi? Jomlah mohon dan jadi sebahagian daripada family MauKerja yang happening ni!

Korang akan menyesal kalau lepaskan peluang bekerja dengan kami sebab...

 

#1 Team Lunch FREE Setiap Bulan!

Eh, admin ada cakap FREE eh tadi? Haa memang free pun! Demi mengeratkan silaturrahim sesama rakan sekerja, company menggalakkan semua department lunch bersama-sama setiap bulan! Selain dapat kenal antara satu sama lain, korang pun boleh merasa makan di restoran yang best. Paling penting, boleh jimat duit lunch! Hehe.

 

#2 Makanan Di Pantry

Tak sempat breakfast setiap pagi? Takpe! Sebab di pantry MauKerja sentiasa dipenuhi dengan makanan yang best! Kadang-kadang ada yang offer nak buatkan breakfast untuk korang lagi tau. Tu pun kalau korang bernasib baiklah...

 

#3 'Fruits Day' Setiap Minggu!

 

 

#4 Aktif Beriadah

Disebabkan kami mementingkan work-life balance (cewah), jadi kehidupan kami tak hanya terhad di office saja. Macam-macam aktiviti luar yang kami lakukan seperti:

 

Games di office!

 

 

 

Mencuci kereta. Eh?

 

Mula-mula, jadi meja meeting...

 

Tapi bila habis je waktu kerja...

Siapa yang nak kalahkan bos tu, inilah masanya! Haha.

 

#5 Training 

Bagi meningkatkan lagi tahap kemajuan pekerja daripada segi mental dan juga fizikal, sesebuah syarikat itu perlulah menghantar pekerjanya mengikuti training supaya mereka dapat mengembangkan kerjaya mereka ke peringkat yang seterusnya.

Di MauKerja, kami turut menyediakan training untuk staff pada satu-satu masa supaya lebih ramai pekerja berkualiti yang akan terhasil daripada MauKerja! 

 

 

 


 

Kalau diikutkan, banyak lagi aktiviti best yang admin yang kongsikan di sini. Tapi admin rasa ini pun dah cukup buatkan korang teruja, kan?

Dah tak sabar-sabar nak hantar resume permohonan kerja dengan MauKerja?

Boleh! Di sini terdapat ENAM kerja kosong yang korang boleh mohon di MauKerja sekarang!

 

1. Telesales Specialist >>> KLIK DI SINI UNTUK MOHON <<<

 

2. Internship for Customer Service >>> KLIK SINI UNTUK MOHON <<<

 

3. Customer Service cum Operation >>> KLIK SINI UNTUK MOHON <<<

 

4. Malay Content Writer >>> KLIK SINI UNTUK MOHON <<<

 

5. Digital Marketing Executive >>> KLIK SINI UNTUK MOHON <<<

 

6. Internship for Corporate Marketing Project >>> KLIK SINI UNTUK MOHON <<<