Nampak Eksklusif, Tapi Bila Flight Attendant Dedah 5 Fakta Ni, Mesti Korang Melopong!
# Gaya Hidup # Trending Semasa

Nampak Eksklusif, Tapi Bila Flight Attendant Dedah 5 Fakta Ni, Mesti Korang Melopong!

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Nov 17, 2017
pada 2:32 AM

Bila cakap pasal naik kapal terbang, wah semua feeling diva-diva kan. Dapat 'terbang' di udara, siapa tak seronok. Dah lah tiket penerbangan pun boleh tahan mahal berbanding kemudahan awam lain seperti bas, keretapi dan sebagainya. 

Kita selalu tengok kapal terbang ni macam satu pengangkutan yang eksklusif. Memang takkan terbayanglah perkara-perkara buruk pasal kapal terbang ni. Semuanya yang indah-indah belaka.

Tapi bila kami dedahkan fakta sebenar tentang kapal terbang dan segala-galanya yang berkaitan, mesti korang akan terkejut besar punyalah. Tak semuanya indah ye. Tak percaya, korang bacalah pendedahan daripada beberapa orang flight attendant ni.

1. Kapal terbang hanya dicuci sepenuhnya sebulan sekali.

Memang akan ada pencuci yang ditugaskan untuk bersihkan kapal terbang setiap kali lepas penerbangan. Cuma ia tak dicuci secara menyeluruh.

 

2. Kebanyakan juruterbang dan kru akan menjalinkan hubungan sesama mereka.

Memang normallah kalau juruterbang berhubungan dengan juruterbang, flight attendant berhubungan dengan flight attendant. Balik-balik ke situ jugak.

 

 

3. Penutup telinga digunakan semua (reused).

Penutup telinga yang korang gunakan masa dalam kapal terbang tu, orang lain pun pernah guna yang sama jugak. Diorang sekadar simpan di dalam plastik bersarung. Tapi ia sebenarnya bukan baru pun. Eww!

4. Selimut juga digunakan semula.

Mereka cuma basuh je selimut tu. Tapi mereka tak tukarkan dengan selimut yang baru ye. Bezanya, ia dah dibasuh.

5. Air simpanan dalam kapal terbang ditukar tapi ia tak ditukar dengan kerap.

Maknanya, kalau ada sesiapa terfikir nak tukar, baru diorang buat. Kalau takde, takdelah.

 

Sumber: BuzzFeed