Orang Bujang Layak Sewa Bilik Serendah RM 100 Je Dengan Skim 'Mikro Housing'
# Trending Semasa

Orang Bujang Layak Sewa Bilik Serendah RM 100 Je Dengan Skim 'Mikro Housing'

post by Haifa Nasir

by Haifa Nasir

Jan 7, 2019
pada 11:31 PM

Korang sering alami masalah tak cukup duit? dah la duduk jauh di perantauan untuk bekerja. Kos sara hidup tinggi tapi gaji ciput je, sewa bilik pulak mahal nokharom tak membantu langsung! Ni ada Berita baik untuk korang yang masih belum berkahwin, korang boleh sewa bilik serendah RM 100 je bermula 2019. Jom baca untuk tau lebih lanjut pasal perkara ni!

 

Skim 'micro housing' merupakan satu inisiatif anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) 

Menurut Datuk Bandar Kuala Lumpur,  Datuk Hisham Ahmad Dahlan menegaskan bahawa skim ini bertujuan untuk membantu golongan bujang B40 yang berpendapatan rendah serta tinggal di kawasan berkos sara hidup tinggi seperti ibu kota Kuala Lumpur. 

Tambahnya lagi, mereka akan memanfaatkan sebuah bangunan lama DBKL di Jalan Tuanku Abdul Rahman, bangunan tersebut akan diubahsuai untuk merealisasikan inisiatif ini. 

Dua blok yang mempunyai 140 buah bilik setiap satu akan dibahagikan kepada dua, bagi mengasingkan golongan bujang lelaki dan golongan bujang wanita. 

Malah, konsep 'capsule hotel's juga akan diaplikasikan terhadap idea skim micro housing ini. 

Bagi korang yang masih keliru dan tak faham apakah konsep 'Capsule hotel' yang disebut-sebut tu? Capsule Hotel adalah sebuah hotel yang mempunyai ruang hanya sebesar  saiz katil  bujang sahaja, konsep hotel sebegini sangat popular di negara matahari terbit. Tambahan kos yang diperlukan juga amat rendah. Sesuai untuk mereka yang mempunyai kewangan yang sempit sebagai tempat berteduh atau berlindung.