''Pakai Kereta Kecil, Jimat Minyak.'' Betul Ke? Dan 3 Lagi Perkara Korang Wajib Tahu Tentang Minyak
# Gaya Hidup

''Pakai Kereta Kecil, Jimat Minyak.'' Betul Ke? Dan 3 Lagi Perkara Korang Wajib Tahu Tentang Minyak

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Jul 20, 2018
pada 5:21 PM

Dengan keadaan ekonomi yang kian goyah ni macam-macam perkara korang kena 'cut down'. Semuanya kena jimat, jadi korang pun akan sentiasa ada idea untuk jimatkan duit lebih-lebih lagi kalau sentuh bab petrol kereta.

Macam-macam teori korang ada untuk jimatkan minyak. Ada yang berpendapat kalau : Isi minyak waktu malam lebih jimat kerana keadaan cuaca yang lebih sejuk berbanding malam dan macam-macam lagi mitos lah. Tapi sejauh mana mitos ni boleh jimatkan minyak korang?

 

1. Mitos : Jimat petrol kalau guna kereta manual 

Ada juga yang berpendapat bahawa penggunaan kereta manual lagi banyak guna minyak. Mana satu yang betul ni?

Memang betul kereta manual juga membantu korang untuk jimat minyak. Ianya kerana transmisi enjin kereta jenis manual ni kurang kompleks, lebih ringan (weight savings = penjimatan minyak lebih). Selain itu, kereta manual yang mempunyai gear yang banyak berbanding kenderaan automatik (yang membolehkan korang jimatkan lebih banyak minyak)

 

2. Mitos : Minyak premium mampu tingkatkan jarak perjalanan?

Seandainya kereta tersebut memang wajib gunakan petrol premium, tapi korang guna petrol gred biasa boleh mendatangkan kesan pada enjin kereta juga. Berita baiknya : kebanyakan kenderaan di Malaysia ni lebih sesuai menggunakan petrol RON95.

Sesetengah enjin berteknologi baru juga ada yang bersesuaian dengan penggunaan petrol RON95. Ikut pada kesesuaian enjin kereta korang, takut korang pula yang rugi kononnya gunakan petrol premium boleh jimat lebih. Kaji dulu ya!

 

3. Mitos : Kereta yang lebih kecil, minyak lebih eco-friendly

Tak semestinya semua kereta bersaiz kecil ni boleh jimat minyak lebih kalau korang asyik tekan minyak lebih kan. Namun dari segi maintenance, road tax, insurans kereta memang korang boleh jimat.


4. Mitos :  Kereta klasik boleh bakar poket korang - banyak pakai minyak

Tak mungkin kereta yang dah berusia berpuluh tahun lamanya, boleh jimat minyak. Dengar macam mustahil je kan sebab teknologi enjin yang dicipta sekarang semuanya canggih. 

Sebenarnya korang boleh jimat minyak jika maintenance kereta tersebut dijaga dengan betul. Kalau korang main lenjan je pakai, tapi maintenance kereta tak pernah nak jaga, enjin kereta pun tak tahan.