Pakar Psikologi  Ini Membuktikan Bahawa Bahasa Badan Boleh Mempengaruhi Minda Seseorang
# Gaya Hidup # Pengetahuan Interview

Pakar Psikologi Ini Membuktikan Bahawa Bahasa Badan Boleh Mempengaruhi Minda Seseorang

post by Aisya

by Aisya

Jul 20, 2016
pada 3:17 AM

Bahasa badan atau bahasa bukan lisan adalah satu cara untuk berkomunikasi dengan orang secara tidak langsung atau indirectly. Pergerakan tangan, mata, lenggok badan semuanya yang melibatkan penggunakan fizikal adalah dikira sebagai bahasa badan. Persoalannya adalah, betul ke penggunaan bahasa badan boleh mempengaruhi diri korang? Jawapannya ialah yes!

Tahukah korang yang bahasa badan ni mempengaruhi minda, fizikal dan psikologi diri seseorang? Sebagai contoh, jika korang mendabik dada ia secara tak langsung akan membuatkan korang berasa berkuasa atau dominant. Dan jika korang berpeluk tubuh dan memencilkan diri, ia akan membuatkan korang berasa sangat kecil dan lemah. Jadi memang betul lah yang bahasa badan ni boleh mempengaruhi diri seseorang.

Perasan tak dalam sesuatu pertandingan, bila seseorang itu berjaya dia akan angkat kedua-dua tangan ke atas? Kita tak diajar pun untuk buat sedemikian jika menang, tetapi mengapa orang selalu buat sebegitu? Ini kerana bahasa badan sebegitu akan membuatkan korang ni rasa berkuasa dan timbul perasaan bangga dengan pencapaian diri, betul tak? Bila kita angkat tangan dan raikan dengan gembira, terus rasa macam berkuasa dan we own the moment. Sebab itu lah bahasa tubuh ini boleh mempengaruhi minda kita.

Okay kita ambil contoh lain pula, jika kita kena buat pembentangan di hadapan khalayak ramai, dan kita memutuskan untuk hanya berpeluk tubuh dan minimakan pergunaan tangan, secara  tak langsung akan rasa tak berkeyakinan untuk beri ucapan dan timbul rasa yang semua penonton ni tak nak dengar pun apa yang korang katakan, betul? Ini sebab bahasa tubuh tu, menghantar signal ke minda dan menganggu apa yang kita rasakan.

Bahasa tubuh mempengaruhi apa yang kita fikirkan mengenai diri sendiri

Betul, bahasa tubuh bukan hanya memberi persepsi tentang diri kepada kepada orang lain tetapi juga mempengaruhi apa yang kita fikirkan tentang diri sendiri. Jangan biarkan minda kita mengawal bahasa tubuh, sebaliknya  biarkan bahasa tubuh kita yang mengawal apa yang kita fikirkan tentang diri. Jika kita rasa gementar, jangan sesekali kita berpeluk tubuh dan mata pandang ke bawah sepanjang masa. Kita boleh ubah minda dengan menggunakan bahasa tubuh ni.

Kata orang fake it till you make it, yang bermaksud tak kira lah jika korang rasa gementar macam mana pun jangan sesekali tunjukkan. Berlakon yang korang ni berkeyakinan tinggi dan tak gentar langsung. Biar lah dalam hati tu rasa takut mebuak-buak sekalipun, cuba untuk berlakon. Sebab apa, makin lama korang berlakon dengan bercakap seperti biasa, gunakan pergerakkan tangan, bergerak sedikit dan lama-kelamaan rasa gementar itu akan hilang.

Bagaimana nak fake a pose? Korang boleh cuba lakukan power pose sebelum melakukan apa-apa perkara yang boleh membuatkan korang gementar. Sebagai contoh, sebelum korang nak menghadiri temuduga, sewaktu menunggu tu cuba untuk lakukan power pose selama 30 saat je pun boleh mengubah minda korang dan buatkan korang berkeyakinan. Kalau sewaktu menunggu lagi korang dah duduk dan mengecilkan diri seakan lemah je, mana tak nya waktu temuduga rasa tak berkeyakinan. 

Tips berguna ni diberikan oleh Amy Cuddy untuk mengubah korang daripada seorang Average Joe kepada Superman dan rasa berkuasa. Korang boleh tengok video beliau di acara TED. Ini satu nasihat yang boleh diambil daripada beliau yang berbunyi:

Don't fake it till you made it, but fake it till you become it - Amy Cuddy