Pastikan 7 'Jerat' Scammer Ni Takde, Sebelum Korang Keluarkan Duit Kat ATM!

Haifa Nasir
by Haifa Nasir
Jan 12, 2019 pada 2:08 AM
Kategori: Gaya Hidup

Mengeluarkan wang tunai melalui mesin ATM memang dah dikira rutin kita untuk memeuhi keperluan harian sebab itulah cara paling selamat berbanding dengan simpan sejumlah wang yang banyak di rumah mahupun di dalam dompet. Ditambah pula pada zaman moden ini, semua transaksi dan pembayaran dilakukan menerusi atas talian.

Jadi, mesin ATM lah yang akan menjadi tempat utama semua pekerja untuk mendapatkan wang gaji mereka, walaupun ia selamat berbanding dengan cara lama, ada penjenayah yang cuba mengambil kesempatan menggunakan taktik licik yang mungkin pengguna tidak dapat lihat dengan mata kasar.

Disini kami akan dedahkan cara bagaimana penjenayah curi duit korang dengan hanya menggunakan mesin ATM tanpa perlu memeras ugut dan bagaimana nak elakkannya.

Hanya 3 Maklumat Yang Scammer Nakkan Daripada Korang

Selain dapat panggilan yang menawarkan pakej pelan insurans atau dari bank, ATM juga adalah salah satu cara si penggodam boleh curi duit korang. Biarpun berlainan cara.tujuan utama mereka sama, iaitu hanyalah untuk dapatkan 3 perkara ini sahaja daripada korang :

  • Maklumat yang terkandung dalam jalur magnet kad atm 
  • Nombor Kad
  • Nombor Pin ATM

Cara Mengesan Taktik Penjenayah Curi Duit Di ATM

Kalau dari panggilan, mereka akan gunakan psikologi untuk buatkan korang percaya dan dedahkannya, tapi kalau di mesin ATM, mereka gunakan 3 barang ini.

1. Skimmer

Skimmer adalah peranti yang membaca maklumat yang terkandung di jalur magnet pada kad korang.  Penjenayah akan lampirkan di atas slot kad di ATM. Apabila seseorang memasukkan kad mereka ke dalamnya, data mereka dipindahkan oleh skimmer ke peranti elektronik jenayah itu.

2. Kamera Tersembunyi

Kamera tersembunyi digunakan untuk merakam video nombor PIN korang. Kamera mungkin diletakkan di beberapa lokasi: di ATM (berhampiran pad kekunci, di atas skrin, dll.) atau berdekatan. Kadang-kadang ia sangat kecil dan boleh disembunyikan dalam pembukaan kecil di ATM.

3. Tindih Dengan Keypad Palsu

Plat penutup  juga digunakan untuk merakam nombor PIN korang: keypad palsu itu "save" secara automatik apabila penjenayah mengeluarkannya. Jadi kalau nak tahu bagaimana keypad itu palsu atau tidak, bahagian berwarna akan menunjukkan garisan melintang yang panjang.

4. Retak, calar, dan tanda kerosakan mekanikal lain ke ATM.

5. Apa-Apa Yang Peralatan Yang 'Extend' Seperti Gambar Dibawah

6. Perbezaan dalam bentuk, bahan, warna, atau kontur ATM.

7. Bahagian-bahagian yang melekat pada slot kad atau slot kad yang tidak sekata.

Cara Untuk Elakkan Jadi Mangsa

Kalau ikutkan agak mustahil untuk korang semak satu per satu bahagian mesin ATM tu, lebih-lebih lagi bila tengah beratur panjang kan? Tetapi tak bermakna bahawa tak ada cara untuk melindungi kad daripada penipu. Untuk mengurangkan risiko minimum, patuhi peraturan mudah berikut:

  • Tutup pad kekunci dengan tangan apabila korang menaip nombor PIN. Ini boleh menghalang kamera tersembunyi daripada merakamnya.
  • Gunakan ATM yang terkenal dan yang terletak di kawasan yang dilindungi dengan baik, seperti di dalam cawangan bank sendiri, kerana ini lebih sukar untuk penipu menjalankan operandi. Elakkan ATM di jalanan, serta di kawasan yang kurang terang, kedai-kedai kecil, dan bahagian-bahagian mall yang terpencil.
  • Hadkan kawasan di mana korang harus menggunakan kad, dan gunakan kad berasingan semasa berada di luar negara.
  • Tetapkan had pengeluaran harian
  • Hadkan transaksi dalam talian.