Pekerja Terbaik Pun Akan Cabut Lari Kalau Majikan Layan Sebegini
# Gaya Hidup # Pengetahuan Pekerja

Pekerja Terbaik Pun Akan Cabut Lari Kalau Majikan Layan Sebegini

post by Aisya

by Aisya

Mar 3, 2022
pada 1:21 PM

Pekerja Terbaik Pun Akan Cabut Lari Kalau Majikan Layan Sebegini

Pekerja yang biasa-biasa dan mempunyai masalah atau attitude sewaktu bekerja dan berhenti mungkin sudah biasa sekali terjadi bukan? Pekerja tersebut hilang semangat bekerja dan tidak tahan lama dan terus membuat keputusan untuk berhenti.

Tetapi bagaimana kalau pekerja tu berdedikasi tinggi, mempunyai semangat atau passion yang kuat dan pernah dinobatkan sebagai “pekerja contoh” mengambil keputusan untuk letak jawatan? Ianya jarang terjadi betul tak?

Kalau ini terjadi cuba tengok balik sikap majikan, mesti layanan majikan kepada pekerjanya tahap kritikal. Sebenanrnya ada sebab kukuh mengapa pekerja terbaik sekalipun berhenti kerja. Ini kerana majikan menyekat mereka atau letakkan had. Nak tahu apa dia? Jom baca:

1. Hari-hari hadap kerja yang sama sampai mati akal

Siapa je yang tak akan naik jemu kalau setiap hari lakukan perkara yang sama berulang kali? Mungkin pada awalnya masih berkobar-kobar untuk lakukan kerja tetapi sudah beberapa bulan atau tahun dan masih tidak berubah mesti lah mati akal!

Majikan langsung tidak berikan peluang untuk pekerjanya kembangkan bakat dan beri peluang untuk mencuba perkara baru. Cuba lah percaya sikit pada pekerja tu. Sudah naik muak dan bosan memang tak gembira lah untuk bekerja lagi.

2. Overwork

Setiap bulan mengejar target sales langsung tiada ruang untuk bernafas. Sering kali di push untuk berikan all out terhadap kerja tanpa sedikit pun berikan ruang. Best employee pun pasti akan sampai tahap burnout juga. Kalau sebegini kerjanya memang lama-lama cari tempat baru lah sebab tak tahan.

Sebab lain juga adalah apabila berhempas-pulas buat kerja dan langsung tak dapat sebarang kredit atau ucapan pun. Mereka akan rasakan diri seperti ditndas sahaja.

3. Tak dapat baca rentak syarikat

Saat masuk sahaja kerja, majikan sudah beritahu mahu capai itu ini dan penuh dengan cita-cita besar. Makin lama bekerja, korang mula perasan yang hala tuju makin tersasar. Cakap sahaja banyak tapi tiada strategi yang kukuh pun. Macam mana nak buat perancangan kalau sebegini?

4. Majikan tidak berikan kepercayaan

Sewaktu berbincang mengenai sesuatu tugas atau projek, jika  majikan cakap A maka pekerja kena ikut lah juga A, tidak boleh langsung tambah sebarang idea kreatif yang membina. Apatah lagi kalau nak tolak idea tersebut lagi lah majikan tak suka.

Tidak boleh dinafikan majikan adalah ketua tapi tidak bermakna yang semuanya betul sahaja. Mungkin idea yang diberikan oleh pekerja itu bernas dan boleh digunapakai? Kalau majikan lakukan kesemua ini alamatnya semua pekerja letak jawatan di hujung bulan!