Peluang Anda Untuk Terus Mara Ke Peringkat Diploma Ada Disini, Calon Akan Ditaja Sepenuhnya!
# Gaya Hidup # Pengetahuan Pekerja

Peluang Anda Untuk Terus Mara Ke Peringkat Diploma Ada Disini, Calon Akan Ditaja Sepenuhnya!

post by Izuan

by Izuan

Feb 5, 2017
pada 11:20 AM

Mungkin anda lebih cenderung kearah kemahiran berbanding akademik . Itu tak bermakna bahawa anda itu tiada masa depan, mungkin anda menyukai sesuatu pembelajaran secara praktikal.

Untuk pengetahuan anda Mazda kini sedang menjalankan sebuah program yang dinamakan Body & Paint (BPP), mereka mahukan remaja berkelulusan sekurang-kurangnya PT3 atau PMR untuk menyertainya. . Lebih menarik ini, program BPP akan ditaja sepenuhnya oleh Bermaz Motor Group dan pada masa yang sama anda akan mendapat elaun bulanan. Ketahui segala kelebihan jika anda menyertai program ini

 

 

 

Jika anda mempunyai sikap positif dan bersemangat tinggi untuk belajar, anda layak untuk Body & Paint Program (BPP) ini. Calon-calon haruslah berumur dari 16 hingga 20 tahun dan minat kepada dunia automotif. Calon dari kolej Vokasional, Kolej Komuniti  & IKM juga digalakkan untuk menyertainya.

Program BPP ini akan dijalankan selama 18 bulan, sepanjang program tersebut, tahun pertama, peserta akan menjalani sesi kuliah dan latihan. Pada tahun kedua pula, semua peserta akan didedahkan dengan latihan sepenuhnya bagi asah kemahiran. Peserta bakal dilatih menggunakan teknologi terbaru dari Mazda bagi menjalankan tugas tenaga kerja teknikal secara profesional

 

Makanan Tengah Hari Disediakan 

Mazda sangat mementingkan kebajikan peserta program ini. Mereka telah bersetuju untuk menyediakan makanan tengah hari kepada pelajarnya. 

 

RM 500 Elaun Bulanan Untuk Tahun Pertama

Kesemua pelajar akan diperuntukkan sejumlah RM 500 sebagai elaun bulanan bagi tahun pertama. Bagaimanapun,  ia akan meningkat pada tahun kedua pula. Selain itu, pelajar akan diberikan perlindungan perubatan dan insurans oleh pihak Mazda.

 

RM 600 Elaun Bulanan Bagi Tahun Kedua

Pada tahun kedua, jumlah elaun akan semakin meningkat kepada RM 600, pada tahun kedua, pelajar akan didedahkan dengan latihan mengendalikan sesebuah tugas secara praktikal.

 

 

Selepas tamat pengajian, anda akan mendapat salah satu pengiktirafan yang diberikan oleh Bermaz Motor Group jika program ini diselesaikan sepanjang 18 bulan. Terdapat dua jenis pengiktirafan yang akan diberikan.

 

Pengiktirafan

SKM Tahap 2 Automotive Panel Beating,
IMI International Diploma Tahap 1 & 2 dalam Vehicle Accident Repair- Body

ATAU

SKM Tahap 2 Automotive Spray Painting,
IMI International Diploma Tahap 1 & 2 dalam Vehicle Accident Repair- Paint

Pengiktirafan ini telah diiktiraf di 70 buah negara! Jadi, jika anda sertai program ini, masa depan mungkin akan cerah kerana sijil yang mereka miliki ini amat bernilai jika mahu mencari kerja dalam bidang automotif dalam masa akan datang.

 

Lokasi 

Shah Alam, Selangor, 40150, Malaysia


Tidak perlu berhabisan duit untuk mengikuti kursus di pusat pengajian kerana program ini sudah pasti akan memberikan anda SKM Tahap 2 serta International Diploma. Dapat pula lagi elaun bulanan sehingga RM500 dan RM600 untuk tahun kedua! Ini lah peluang untuk anda berlatih menggunakan teknologi terbaru dari Mazda untuk melakukan kerja secara professional. Sebarkan kepada kenalan rapat mengenai berita gembira ini!