Pemuda Ini Kongsi Formula 10:20:60:10 Buat Mereka Yang Keliru Simpan Duit Gaji, Korang Guna Formula Apa?
# Pengetahuan Pekerja

Pemuda Ini Kongsi Formula 10:20:60:10 Buat Mereka Yang Keliru Simpan Duit Gaji, Korang Guna Formula Apa?

post by Ehsan

by Ehsan

Feb 24, 2022
pada 12:42 PM

Korang pernah tak rasa buntu lepas dapat gaji, tak tahu nak buat apa, 'confuse' nak salurkan ke mana? Selain membeli-belah dan buat simpanan, ada macam-macam lagi korang boleh buat dengan gaji korang tu. 

Korang yang tak tahu nak buat apa dengan gaji. jangan risau! Ikut tips pemuda ini di bawah: 

1) Bila dapat gaji, anda boleh asingkan jumlah gaji dengan menggunakan formula “10: 20: 60: 10”.

2) Formula ini sesuai untuk digunakan pada semua peringkat umur. Tidak kira lah anda masih muda atau sudah berumur. Ia masih relevan untuk digunakan. Oh kalau anda beristeri empat pun ia masih boleh digunakan. Haha

3) Katakan gaji bersih anda ialah sekitar RM2000. Senaraikan semua hutang-hutang dan perbelanjaan anda di dalam microsoft excel supaya ianya dapat dilihat dengan lebih jelas. Kalau tak mahu guna microsoft excel, beli sahaja kertas mahjong dan sila lukis besar-besar. Haha

4) Oh apa itu 10% perlindungan? Perlindungan itu insurans lah.T idak kira lah insurans “medical card” atau “hibah”. Tapi pastikan jangan lebih 10% lah. Jika gaji RM2000, harga bagi insurans bulanan anda tidak perlu lebih dari RM200.

5) Untuk pelaburan dan simpanan pula. Cukup lah 20% daripada gaji.Tidak perlu paksa diri kalau anda tidak mampu.Nanti anda juga yang terseksa.Huh. Dengan gaji RM2000, anda boleh menyimpan atau labur sebanyak RM400 dari gaji anda.

Dengan RM400, anda boleh simpan duit tersebut di Tabung Haji atau mohon pembiayaan Asbf dengan nilai sijil 80k. Jumlah bayaran bulanan sijil Asbf bagi 80k adalah sebanyak RM409/bulanan.



6) Seterusnya, pastikan segala hutang-hutang anda tidak melebihi daripada 60% gaji anda. Hutang kereta, hutang rumah, hutang kad kredit, hutang Ptptn, semuanya perlu diseimbangkan supaya anda tidak terumbang ambing pada hujung bulan.

Jika gaji RM2000, hutang anda tidak perlu lah lebih dari RM 1200. Kawal hutang di usia muda, nanti dah stabil baru tambah hutang yang patut.

Oh lupa, hutang kawan pun jangan lupa bayar. Ini kau travel sana sini, hutang kawan kau buat-buat lupa. Berdosa weh. Haa

7) Kalau dah dapat gaji, gunakan lah sedikit untuk puaskan diri sendiri. Jangan lah puaskan kekasih dengan gaji sampai diri sendiri ikat perut. Yang bekerja dan usaha dapatkan duit itu adalah kita, bukannya si dia. Haha