Penting Sangat Ke References Dalam Resume? Ketahui Siapa Yang Sepatutnya Dan Apa Fungsinya Disini
# Pengetahuan Pekerja

Penting Sangat Ke References Dalam Resume? Ketahui Siapa Yang Sepatutnya Dan Apa Fungsinya Disini

post by Izuan

by Izuan

Feb 27, 2022
pada 6:59 AM

Menghantr resume untuk memohon kerja sudah semestinya satu kewajipan, bermacam-macam tips dan cara kami dah kongsikan untuk membuatkan resume anda mampu menambat hati majikan. Tapi cuma satu bahagian di dalam resume sahaja, kami kurang beri penekanan iaitu 'Reference'

Penting sangat ke References ni dalam resume, ada yang kata ya ada yang kata tidak. Siapa orang yang paling tepat menjadi Referee kita? Dan apa tujuan References dalam resume ini sebenarnya? Nak tahu patut letak atau pun tidak, ikuti perkongsian kami disini.

Video

Tujuan : Mengetahui Maklumat Lanjut Mengenai Diri Anda, Satu Perkara Yang Bagus!

Tujuan References adalah untuk rujukan majikan mengenai maklumat lebih lanjut mengenai anda. Untuk pengetahuan, ia sebenarnya satu berita baik! Mereka ingin tahu kelakuan anda, cara berkerja, disiplin anda sepanjang bekerja disitu memandangkan mereka tertarik dengan pencapaian anda 

Mereka juga ingin mengetahui gaji bulanan anda, adakah ia sama dengan apa yang anda letak di dalam resume, dan lagi satu majikan akan tanya reference korang, jika diberi peluang untuk bekerja dengan anda semula, adakah dia mahu? Inilah cara bagaimana majikan mengukur tahap kebolehan anda dalam pekerjaan.

Siapa Yang Patut Dijadikan 'References'?

Setiap 'Referees' yang anda letak di dalam resume itu diibarat seperti testimonial mengenai diri anda semasa bekerja dengan syarikat lama, nama 'Referees' itu jika anda letak orang yang berjawatan tinggi lagi bagus!

Jadi, antara orang yang sesuai dijadikan 'References' korang adalah CEO, Ketua Bahagian (Head Of Department) atau Pengurus (Manager). Mereka ini adalah tunjang utama dalam menilai prestasi anda semasa bekerja dengan mereka. 

Kemudian rakan sekerja (co-worker), dalam resume seorang sahaja Referees belum mampulah mengukuhkan resume anda, co-worker boleh menceritakan cara dan pengalaman mereka bekerja dengan anda. Pastikan orang yang dijadikan Reference ini betul-betul boleh dipercayai. Jangan letakkan kawan! Ia menampakkan bahawa anda sedang berselindung sesuatu.  

Bukanlah tak boleh letak, tapi kalau tiada sebarang rujukan, takkan ada 'talian hayat' yang boleh meyakinkan majikan jika mereka ingin menilai anda. Bayangkan mungkin dalam banyak-banyak calon, ada dua orang yang disenarai pendek dan salah seorangnya ialah diri anda.

Jadi, dengan bantuan Reference kebarangkalian untuk anda diterima bekerja sangat cerah! "Available upon request" juga tidak digalakkan, ini juga menyebabkan majikan memikirkan anda sedang menyembunyikan sesuatu, seperti cari kerja lain secara diam, proses ini menyukarkan segelintir majikan.

Jadi, Penting Ke Reference?

Kesimpulannya, Reference sangat penting! Ia bagi memudahkan majikan mengetahui maklumat lanjut mengenai anda dan membantu mereka untuk meyakinkan bahawa anda adalah calon paling layak! Bagi graduan muda, anda boleh jadikan pensyarah, penasihat akademik, pastikan minta kebenaran mereka dan kenal anda. 

Bagaimana Ingin Meletakkan References Dalam Resume?

[Nama Penuh]

[Jawatan]

[Nama Syarikat]

[Nombor Telefon]

[Alamat Email]