Pilih Buruh Binaan Sebagai Kerjaya, Wanita Cantik Persis Model Ini Jadi Perhatian Netizen!
# Gaya Hidup # Trending Semasa

Pilih Buruh Binaan Sebagai Kerjaya, Wanita Cantik Persis Model Ini Jadi Perhatian Netizen!

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Aug 24, 2021
pada 7:25 AM

Pilih Buruh Binaan Sebagai Kerjaya, Wanita Cantik Persis Model Ini Jadi Perhatian Netizen!

Sudah menjadi lumrah, kerja-kerja berat seperti di tapak pembinaan selalunya didominasi oleh mereka yang bergelar lelaki. Walaupun ada wanita yang menceburkan diri dalam pekerjaan sebegini, namun bilangannya masih boleh dikira dengan jari.

Namun, apa yang menjadi perhatian oleh netizen kali ini, bukan saja statusnya sebagai seorang wanita, malah kecantikannya yang dikatakan persis model ini menjadi punca mengapa wanita ini menjadi sangat viral. Tambahan lagi, wanita cantik ini memilih kerjaya buruh binaan sebagai kerjayanya!

 

Wanita yang dikenali sebagai Xiao Mei ini dikatakan mula viral dan mendapat perhatian netizen sejak videonya yang dimuatnaik oleh pengguna media sosial Weibo. Individu ini dikatakan kebetulan berada di tapak pembinaan tempat wanita itu bekerja dan berasa kagum dengan kegigihannya. 

 

Siap boleh angkat batu-bata lagi tau!