Rahsia Penutup Botol Air 'Biru', 'Putih' Dan 'Hijau' Yang Ramai Tak Tahu Apa Perbezaannya!
# Gaya Hidup

Rahsia Penutup Botol Air 'Biru', 'Putih' Dan 'Hijau' Yang Ramai Tak Tahu Apa Perbezaannya!

post by Nazatul

by Nazatul

May 9, 2018
pada 7:29 AM

Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (Awer) Piarapakaran Subramaniam mengesahkan ketetapan warna-warna penutup botol air tersebut yang menjadi tular di media sosial, sekali gus menjadi 'pengetahuan baharu' untuk masyakat yang tidak pernah tahu mengenainya sebelum ini.

Mesti korang tak tahu maksud sebenar disebalik penutup botol air kan. Korang mesti pelik kan kenapa ada penutup warna biru? Padahal yang penutup warna putih pun sama je, air mineral juga.

Haa meh sini tengok apa perbezaan yang sebenarnya:

#1 Penutup Biru

Kalau korang nak tahu, penutup biru diperolehi dari sumber air bawah tanah, dipam naik dan akan menjalani proses penyulingan kemudian dibotolkan.

Haa nbaru boleh dilabelkan sebagai air mineral.

#2 Penutup Putih

Merupakan air paip yang ditadah kemudian menjalani proses penyulingan. Bahan kimia yang ditambah semasa menjadi air paip sahaja sudah menyebabkan keaslian air tu hilang.

Sebab tu la air penutup putih haya dilabelkan sebagai air minuman atau drinking water dan harganya pun lebih murah dari air mineral yang berpenutup biru. Betul tak?

Kos pengeluaran air jenis ini adalah rendah berbanding air mineral yang mana eksplorasi sumbernya sahaja mencecah jutaan ringgit.

Sebab itu air penutup putih hanya dilabelkan sebagai air minuman atau drinking water dan harganya pun lebih murah dari air mineral yang berpenutup biru.

#3 Penutup Hijau

Haaa, kalau tengok penutup hijau je mesti korang dah tahu jenama apa kan.

Kalau nak tahu, penutup hijau merupakan semulajadi. Air ni diambil khas dari dalam tanah dan mempunyai kandungan mineral yang sangat tinggi tau!

Berbaloi lah dengan harga sebotol kan.

#4 Air Mineral Evian

Dihasilkan daripada air mineral tulen daripada pergunungan di Perancis dan diimport terus daripada Perancis. Rasa air Evian juga sedikit berbeza berabnding dengan air mineral yang biasa.

 Ada yang berpendapat rasa Evian ini lebih kurang macam rasa air Zam-zam. Ada sedikit masin dan payau.

Mungkin sebab kandungan mineral atau garam galian yang tinggi di dalam minuman ini.