Ramai Yang Rasa Jijik Nak Makan Kaki Ayam, Ini 9 Bukti Khasiat Yang Ramai Tak Tahu!
# Gaya Hidup

Ramai Yang Rasa Jijik Nak Makan Kaki Ayam, Ini 9 Bukti Khasiat Yang Ramai Tak Tahu!

post by Nazatul

by Nazatul

Apr 15, 2018
pada 9:10 AM

Kaki ayam?? Ramai yang tak makan sebab kononnya kaki ayam itu jijik dan memikirkan apa fungsi kaki ayam sebelum dimasak, pasti ramai yang tidak menyukainya dan tidak meletakkan kaki ayam sebagai makanan yang harus semua orang cuba. Betul tak?

Sebenarnya, kaki ayam sangat bagus untuk dimakan kerana mempunyai pelbagai zat dan khasiat untuk manusia.

Ada 9 Khasiat Yang Korang Kena Tahu Mengenai Zat Makan Kaki Ayam Ini. Baca Ni:

 

1. Miliki Kolagen Yang Tinggi

Penyelidikan yang dijalankan oleh Department of Animal Science of National Chunh-Hsiang University di Taiwan mendapati kaki ayam sebenarnya mengandungi kolegen yang sangat tinggi dan mampu memberi kelembapan pada kulit.

Antara manfaat kolegen yang terdapat dalam kaki ayam adlah memberikan kulit yang anjal, menjadikan kulit sihat, menggantikan sel-sel kulit mati dengan ganti sel-sel kulit baru dengan cepat. 

Kolegen pada kaki ayam juga dapat meningkatkan metabolisma terhadap lemak sekaligus membantu berat badan.

2. Kurangkan Risiko Tulang Rapuh

Masalah tulang rapuh biasanya dialami oleh orang yang sudah berusia. Penyebab utama masalah ni kerana kekurangan pengambilan kalsium dan juga faktor usia yang menyebabkan tulang tidak mampu menyerap kalsium dengan baik.

Korang tahu tak, memakan kaki ayam boleh mengurangkan risiko tulang rapuh kerana ianya kaya dengan kalsium, protein, dan kolegen dan mudah diserap tubuh kita.

3. Melancarkan Saluran Pencernaan

Kaki ayam boleh dibuat menjadi kuah atau sup yang menyegarkan. Bahagian kaki ayam yang banyak menandungi jaringan ikat dan tulang rawan yang sangat lazat.

Semua nutrisi seperti protein, kolagen, kondroitin dan Glucosamine juga larut apabila dimasak menjadi sup.

Ia juga sangat penting untuk membuat usus menjadi lebih lembut sehingga membuat saluran pencernaan korang menjadi lebih sihat.

4. Menyembuhkan Luka

Kajian membuktikan oleh seorang penyelidik di Amerika mendedahkan bahawa potensi nutrisi boleh membantu menyembuhkan kecederaan.

Nutrisi yang dijumpai dalam kaki ayam adalah protein dan kalsium. Kedua-dua ini sangat penting untuk menjana semula saraf, otot, dan tulang manusia. Haaa hebat tak!

5. Menyihatkan Gusi

Kekurangan vitamin dan beberapa nutrisi lain juga akan membuat masalah pada gusi. Kaki ayam adalah makanan yang banyak mengandungi nutrisi daam jumlah yang sangat banyak.

Ada jaringan ikat dan tulang rawan yang boleh berubah menjadi gel kerana mengandungi kolagen, asid amino, dan beberapa zat pembentuk gelatin. Kerana itulah semua zat ini akan memperbaiki keadaan kesihatan gusi.

6. Meningkatkan Sistem Kekebalan Badan

Kalau korang nak tahu, kaki ayam juga mengandungi pelbagai jenis mineral seperti zink, tembaga, magnesium, kalsium dan fosforus.

Semua mineral ni diperlukan oleh organ tubuh untuk membina sistem kekebalan tubuh badan.

7. Kesihatan Kuku Terjaga

Kaki ayam yang dah dimasak akan menghasilkan asid amino, kologen, glisin, hidroksipolin dan prolin yang boleh membantu menjaga kesihatan kuku.

Kaki ayam yang dimasak akan mengeluarkan cecair atau gel khas iaitu gelatin. Cecair itu yang akan membuatkan kuku kita sihat dan terjaga.

8. Menyeimbangkan Hormon

Kaki ayam juga menghasilkan beberapa jenis asid amino yang sangat baik. 

Asid amino yng dilepaskan dari kaki adalah arginin. Salah satu membantu tubuh dalam melepaskan hormon yang menyebabkan perasaan tertekan dan stress. Bahkan arginina juga penting untuk menghasilkan hormon pembiakan baik untuk lelaki dan wanita.

9. Membentuk Probiotik Semulajadi

Agen gelatin yang terdapat pada cecair dari rebusan kaki ayam sangat baik dalam membentuk probiotik semulajadi.

Probiotik akan membuat ubuh korang mampu membentuk imuniti semulajadi, menyihatkan usus, dan mengatasi masalah saluran pencernaan.