Recruiter Dedah 'Ayat Manis' Calon Temuduga Pakai Hingga Berjaya Dapat Kerja!
# Pengetahuan Pekerja

Recruiter Dedah 'Ayat Manis' Calon Temuduga Pakai Hingga Berjaya Dapat Kerja!

post by Haifa Nasir

by Haifa Nasir

Nov 16, 2021
pada 8:41 AM

Kebanyakan penemuduga tahu bahawa proses temuduga adalah satu proses yang agak rumit kerana semua calon yang datang adalah calon yang mempunyai skill, layak dan berjaya melepasi tapisan yang ditetapkan. 

Tapi cara bagaimana calon membawa diri semasa temuduga yang bakal menjadi titik tolak dan faktor utama yang diberi penilaian sebelum memutuskan calon tersebut berjaya atau gagal ditawarkan kerja.

Ini pengalaman 5 orang pegawai perekrut pekerja. Diorang dedahkan, apa yang calon berjaya dapat kerja selalu cakap masa temuduga sehingga dapat meyakinkan diorang!

Apa Calon 'Berjaya' Temuduga Selalu Cakap Untuk Dapat Kerja Eh?

'Ini Buktinya!'

Setiap calon temuduga pasti nak tonjolkan yang diorang adalah yang terbaik, tapi ada sesetengah calon yang menokok nambah cerita hanya untuk dapatkan good impression. Menurut Direktor Kreatif Kristin Marquet, baru-baru ini dia telah bertemu dengan seorang calon temuduga yang bukan hanya bercakap kosong. Setiap jawapan yang diberikan berserta dengan bukti yang kukuh mengenai pencapaian dan penglibatanya.

Dia juga telah menerangkan nya dengan baik dan jelas, termasuk lah memberikan realistic result bagi setiap hasil kerja beliau. Saya sangat kagum dan terpukau sepanjang sesi temuduga itu berjalan. 

Tambah Kristin 'Ini adalah calon pertama yang saya temuduga sepanjang 12 berada dalam karier merekrut, yang tidak hanya bercakap kosong serta menggembar gemburkan pengalaman yang tidak jelas. Hanya untuk mendapatkan pekerjaan. Calon ini sangat berkualiti!'

'Saya Mahu Menjadi Salah Seorang Yang 'Menambah Nilai' Di Dalam Syarikat Ini.'

Pengalaman ini dikongsikan pula oleh Pengurus syarikat Fortress Consulting Group, Joel Mathew sewaktu dia menemuduga seorang calon dan dia bertanyakan soalan ini kepada calon tersebut: Apakah matlamat anda sekiranya anda diterima bekerja di sini? Dengan bersahaja calon tersebut menjawab yang dia mahu menambah nilai syarikat ketahap yang lebih tinggi serta membantu meningkatkan revenue syarikat.

Mathew kemudianya berkata 'Saya terkejut dengan jawapan yang diberikan oleh calon tersebut. Kerana ini adalah apa yang kami mahukan iaitu calon yang faham bertapa pentingnya revenue kepada sesebuah syarikat, dan kami perlu seseorang yang boleh menambah nilai kepada syarikat melalui dalaman ataupun sewaktu berhadapan dengan client. Oleh itu, tanpa berfikir panjang. Saya tawarkan pekerjaan kepada calon ini!

'Saya Tak Setuju!'

Hanya calon yang berpendirian tegus sahaja berani untuk menyaggah apa yang dicadangkan oleh penemuduga dan berani mengutarakan pandangan nya atau membetulkan kesalahan penemuduga. Tapi ada juga sesetengah kes yang menganggap keberanian ini sebagai 'biadap'.

Founder dan CEO True Film Production Stanley Meytin menceritakan pengalaman nya yang terkesima sewaktu bertemu dengan seorang calon wanita yang sangat berani dan tak takut langsung untuk mengutarakan pendapat nya. Ini apa yang berlaku.

'Sewaktu saya menemuduga calon ini, dia memberitahu saya bahawa dia mampu membuatkan syarikat saya menjadi lebih baik dengan memberitahu setiap perkara yang dia tidak setuju bila perlu jelaskan dengan lebih lanjut mengapa dia berkata demikian.'

Tambah Stanley seorang pekerja yang berani untuk mencabar status quo dan memberikan alasan yang munasabah kerana berkelakuan sedemikan adalah lebih baik daripada pekerja yang hanya mengikut telunjuk orang atasan. Kerana pekerja yang sebegini tidak mempunyai inisiatif untuk menambah baik syarikat walaupun selepas diterima bekerja.

'Saya Tak Tahu, Tapi..'

Takde orang yang tahu semua perkara yang ditanyakan kat diorang semasa temuduga, lagipun takde banyak beza pun sekiranya calon temuduga tu berjaya jawab semua soalan tapi main jawab je. Tanpa sebarang kepastian. Perkara ni amat membimbangkan penemuduga terutamanya bagi pekerjaan berteknikal tinggi yang memerlukan seorang pekerja mempunyai kepakaran, ilmu dan pengalaman.

CEO Syarikat Future Hosting Vik Patel berpendapat yang beliau lebih menyukai pekerja yang tahu apa kelemahan serta kekurangan diri sendiri tanpa perlu berselindung disebaliknya dan mahu mempelajari untuk menjadi lebih baik.

'Saya sering merasa kagum dengan seorang calon temuduga yang jujur dalam setiap jawapan yang diberikan. Mengaku sekiranya mereka tidak tahu mengenai sesuatu hal, tetapi akan berusaha untuk mempelajarinya dan mencari penyelesaian.' Kata Patel

'Saya Nak Memberi Pendapat Tentang 'Core Value' Syarikat Ini.'

Budaya Kerja yang mudah untuk diserap adalah penting apabila syarikat nak ambil pekerja baru. CEO syarikat BAM Communications Beck Bamberger, suka bertanyakan soalan mengenai 'core value' syarikat dan ini jawapan mantap dari seorang calon yang berjaya meraih perhatian beliau.

'Pertama, calon tersebut telah melakukan beberapa penyelidikan dan berusaha untuk mengetahui core value ini di laman web kami. Kedua, dia melihat core value dengan cara yang sama seperti yang saya lakukan.' Kata Bamberger.