Resign Sebab Tak Tahan Waktu Kerja, Doktor Senior Ini 'Sekolahkan' Houseman Manja
# Trending Semasa

Resign Sebab Tak Tahan Waktu Kerja, Doktor Senior Ini 'Sekolahkan' Houseman Manja

post by Izuan

by Izuan

Apr 23, 2018
pada 9:26 AM

Bukan niat kami nak merendah-rendah kan generasi muda sekarang, tapi situasi yang terjadi terhadap doktor ini membuatkan kami benar-benar sedar bahawa perbezaan ketara sikap golongan muda kini. Ingatkan cuma segelintir sektor  sahaja yang mempunyai masalah 'budak-budak manja' dalam industri mereka.

Ternyata dalam pendoktoran juga berlaku perkara sebegini, tapi kita pun tak boleh nak menyalahkan mereka 100 peratus, mungkin ini adalah faktor ibu bapa yang suka menentukan perjalanan hidup anaknya sendiri. Ikuti penjelasan dan nurkilan 'makan dalam' doktor senior ini terhadap Houseman manja.

Kerjaya Doktor BUKAN Untuk Si Manja Anda. 

 Kerja sebagai doktor tidak sama dengan profession lain

A doctor must do is know your patients well.

Houseman yang kuat komplen adalah terdiri daripada mereka yang lemah dan manja.

Dulu masa system Oncall, houseman tak tahan kerja. Houseman complain and mintak shift system. Sekarang shift system pun tak tahan juga, komplen lagi

Doktor mempunyai nilai2 keperibadian yang exclusive dan tersendiri

Jika anda mempunyai anak yang manja, pampered & protected all the time, dan inginkan mereka menjadi doktor, please think again.

Saya sudah deal dengan ramai houseman yang nak resign. Kebanyakan mereka menjadi doktor bukan atas kemahuan sendiri, tapi disuruh oleh kedua ibubapa mereka