Walaupun Hanya Sebagai Intern, Korang Boleh Persiapkan Diri Dengan 4 Petua Kerjaya Ini - Maukerja.my
# Jenis Pekerjaan # Pengetahuan Pekerja

Walaupun Hanya Sebagai Intern, Korang Boleh Persiapkan Diri Dengan 4 Petua Kerjaya Ini - Maukerja.my

post by Shasha

by Shasha

Sep 26, 2016
pada 4:48 AM

Baru saja mula internship, korang dah excited nak buat macam-macam, kenal colleague di pejabat & ada jugak yang takda clue apa yang patut diambil sebagai pengajaran.

Jangan leisure sangat ingat internship ni boleh rileks sebab takda assignments yang menimbun macam di Universiti dulu. Ada perkara yang korang harus take note & belajar masa internship, ianya adalah petua kerjaya atau career lesson korang sebagai intern patut belajar tentang kerja :

1.Waktu ideal untuk approach bos

Bos korang ni bukan lah takda kerja langsung walaupun nampak chill je, banyak benda yang nak diuruskan. Sebelum nak berurusan dengan bos, pastikan dia dah minum secawan kopi atau dah breakfast, ataupun nak lagi senang observe dulu mood dia okay ataupun tak nak disapa.

2.Fahami setiap generasi

Cabaran era ni berbeza berbanding waktu-waktu dahulu. Sekarang, pelbagai generasi bekerja under one roof jadi semua ada habit kerja, cara berkomunikasi yang berbeza-beza. Kadangkala, hal ni akan menyebabkan pertembungan. Contoh paling dekat, generasi millennial, Gen Y & baby boomers berinteraksi waktu bekerja.

Kalau perasan, korang lebih selesa & seronok bercampur dengan generasi ni disebabkan pergaulan korang dengan mak ayah pun macam member. Tapi jangan lah korang samakan colleague yang seusia dengan mak ayah tu treatment korang pun selamba je macam kawan. Perlu ada batasnya. 

3.Dress to impress

Pemakaian cerminkan diri korang. Sentiasa beringat dengan apa yang korang pakai. Tak perlu fashionista sangat pun melainkan korang intern di pejabat macam Devil Wears Prada tu ye. Asalkan pemakaian korang dapat naikkan  semangat & konfiden dah mencukupi.

4.Gossip? Jangan join

Jangan join, abaikan pun jangan. Kenapa? Gossip ni memang bertoksik tapi melaluinya juga korang boleh agak macam mana pekerja di pejabat korang berinteraksi & apa isu yang dihadapi syarikat. Curi-curi dengar sikit tak salah, meja pun dekat tak mustahil lah tak dapat dengar kan.