Sebelum Bercakap Lagi  Interviewer Dah Ada Persepsi Sendiri Menerusi 4 Kelakuan Mikro Ini
# Pengetahuan Interview

Sebelum Bercakap Lagi Interviewer Dah Ada Persepsi Sendiri Menerusi 4 Kelakuan Mikro Ini

post by Izuan

by Izuan

Dec 5, 2016
pada 5:30 AM

Isi kandungan yang korang bentangkan kepada interviewer semasa temuduga kadang-kadang belum cukup kuat untuk mendatangkan satu persepsi positif terhadap diri korang. Mereka akan memandang dari pelbagai sudut dan paling ketara sekali ialah luaran dan aksi tubuh.

Mungkin prestasi korang cemerlang secara lisan tapi dari isyarat badan ada masalah. Itulah punca kenapa interview ragu-ragu untuk pilih korang sebagai pekerja di syarikat mereka. Kalau setakat pemakain, penampilan semua itu dah terlalu biasa, tapi ada beberapa kelakuan mikro yang mungkin korang sendiri tak perasan.

Jadi, baca jenis-jenis kelakuan mikro yang boleh mengubah persepsi interviewer ini. Jadikan sebagai panduan dan rujukan sebelum menghadiri temuduga.

1. Kenalpasti Peralatan Semua Mencukupi

Pastikan korang bawa beberapa salinan resume, bukan satu bukan dua tapi sekurang-kurangnya lima salinan. Kemungkinan interviwer ramai sewaktu sesi temuduga dan bukan semua ada salinan resume tu.

Jangan lupa bawa portfolio yang berkaitan sekali. Ada calon yang tidak membawa langsung salinan resume kerana menyangkakan bahawa interview sudah ada salinan email. Tangkapan itu salah ya! Hasilnya calon tersebut tidak terpilih langsung. 

2.  Ketika Bersalaman

Jangan salam kuat sangat sampai nak patah jari interviewer, mungkin korang terlalu excited dan elakkan bersalaman ala 'limp-fish' (rujuk gambar diatas). Interviewer akan rasa tak selesa dengan korang. Pastikan tapak tangan tu kering ya!

3. Postur Badan

Duduk dalam keadaan yang tertib, jangan menyandar dan mendagu dihadapan interview. Dari situ lagi mereka dah anggap yang korang ni jenis tak serius dengan kerja yang dimohon ini. Tegakkan badan dan beri reaksi yang korang memang 'eager' terhadap kerja tersebut. 

4. Eye Contact

Pandang majikan jika ingin menjawab sebarang persoalan daripada interviewer. Jangan pandang kearah lain sewaktu interviewer sedang memberi penerangan. Fokus!