"Sebelum Ni Dia Pernah Raba Staff Lain Juga"- Mangsa Cabul Manager Sebuah Syarikat Insurans
# Trending Semasa

"Sebelum Ni Dia Pernah Raba Staff Lain Juga"- Mangsa Cabul Manager Sebuah Syarikat Insurans

post by Aisya

by Aisya

Jun 17, 2018
pada 10:51 AM

Gangguan seksual di tempat kerja adalah isu lama tetapi sering kali menjadi ‘hangat’ apabila pelaku terlepas manakala mangsa pula ‘mengunci mulut’.

Keadaan itu berlaku kerana mangsa tidak yakin untuk membuat aduan, malah, mangsa sering dipersalahkan kerana tiada bukti kukuh hingga menyebabkan mereka tidak mahu memanjangkan kes. Apatah lagi, rata-rata kejadian dilakukan rakan sekerja. Lebih teruk lagi apabila pelaku terdiri dalam kalangan bos yang memiliki pengaruh di pejabat berbanding mangsa yang rata-rata terdiri daripada pekerja biasa.

Kes cabul di sebuah syarikat insurans terkemuka

Baru-baru ni ada kecoh kat media sosial mengenai kes cabul di sebuah syarikat insurans yang terkemuka. Pelaku merupakan manager di syarikat tersebut dan mangsa adalah staff disitu. Ini perkongsian rakan mangsa: 

"Kes cabul kat XXX. Aku tak faham kenapa bila boss yang buat salah, semua orang tak berani bersuara.
Mula2 kes jadi, bagi tahu leader & boss tapi semua tak nak tolong. Tak bagi report polis. Tak bagi besarkan kes.
Takot nanti kena buang kerja. Dia boss dia ada pangkat, dia boleh buat macam2. Takot jadi kes besar. Risaukan boss tu!
Suruh settle belakang. Habis mangsa yang kena cabul ni? Biarkan ke? Malu nak pergi office. Trauma. Macam mana?
Yela, kau cakap memang senang sebab tak kena kat kau, anak kau bini kau!

Dia jilat leher, tengkuk, selup tangan dalam baju!

"Pastu siap cakap ‘i have already got u’ dia jilat leher tengkuk selup tangan dalam baju XXX (mangsa).
XXX (mangsa) nak lari keluar, dia tahan pintu. Kesan lebam dekat tangan XXX (mangsa) pun ada sbb bergelut nak lari.
Dia siap ugut ‘kalau XXX(mangsa) report nanti XXX(mangsa) akan dibuang kerja."

Pelaku tak bagi mangsa buat report polis

"So sekarang bila dah buat report polis, still takda tindakan
sebab kau ada duit kau bayar polis, bayar saksi semua. Lepastu kau sibuk cari salah mangsa,
kau buat pulak cerita yang mangsa goda kau. Mangsa dah kerja dengan XXX dah 10 tahun. Kalau nak goda kau, dah lama dia buat.
Bukan sekarang. Kalau mangsa nak duit, dia dah mintak 100k kat kau macam yang kau nak bayar tu
untuk settle belakang. Kenapa mangsa still nak buat report? Sebab dia nak kau kena hukuman.
Supaya takda orang lain kena macam dia kena."

Bukan sorang je pernah jadi mangsa 

Apa yang memeranjatkan ialah, sebelum ni pun ada lagi staff lain yang turut menjadi mangsa manager syarikat ni. Bukan sorang je!

"Sebelum ni dia pernah raba staff lain juga. Nama perempuan tu T**** tapi T**** tak buat report sebab ketakutan."