Sejukkan Aircond Kereta Korang Dengan Lakukukan DIY Mudah Dan Murah Ni
# Gaya Hidup # Trending Semasa

Sejukkan Aircond Kereta Korang Dengan Lakukukan DIY Mudah Dan Murah Ni

post by Aisya

by Aisya

Apr 27, 2017
pada 10:28 AM

Cuaca panas sekarang ni bila masuk kereta je rasa macam masuk oven je. Panas dia memang mencabar betul tambah-tambah lagi kalau kereta warna hitam dengan interior semua warna hitamm, lagi lah rasanya macam dipanggang je. Bila buka aircond pun rasa dia alahai tak sejuk! Sekejap dia buat hal, sekejap sejuk macam mana ni nak selesaikan hal ni?

Korang semua kena cuba buat DIY ni cara-cara untuk nak sejukkan aircond kereta. Tak payah nak pergi ke bengkel kereta dan habiskan beratus untuk nak servis aircond. DIY ni memang murah betul sebab nak beli barang-barang ni memang tak sampai RM50 pun. Keluarkan duit sikit je dah boleh sejukkan kereta korang, memang mudah dan save budget betul! Okay jom mulakan sesi DIY kita:

 

Sebelum tu kena beli dulu barang-barang ni:

Korang boleh pergi kedai hardware dan beli senarai barang-barang ini:

1. Foam Pipe
2. Aluminium foil tape
3. Cable Ties
4. Pisau @ Gunting

 

1. Cari salur paip aricond kereta

Kalau korang tak pasti mana satu salur paip aircond, cuba start enjin dan pasang aircond. Biarkan beberapa minit dan mana-mana salur paip yang basah dan sejuk itu lah dia. 

 

2. Balut salur paip aircond dengan aluminium foil

 

3. Balut pula dengan foam pipe sampai habis

 

4. Ketatkan dengan cable ties

Ikuti DIY yang memang mudah ni dan cuba pasang aircond, memang confirm sejuk macam dekat kutub utara! Selamat mencuba!

 

*Sumber: Oh Trending