Sekarang 5 Butiran 'Usang' Dalam Resume Korang Ini Dah Tak Laku Bagi Majikan
# Pengetahuan Pekerja

Sekarang 5 Butiran 'Usang' Dalam Resume Korang Ini Dah Tak Laku Bagi Majikan

post by Izuan

by Izuan

May 22, 2017
pada 8:51 AM

Masa makin berjalan dan kita sudah pun berada di tahun 2017, tanpa disedari industri sekarang makin sibuk, tidak lagi seperti dulu. Majikan sekarang hanya mahukan sesuatu yang 'ringkas tapi padat'. Salah satu contoh paling ketara adalah resume untuk kita mohon kerja, kita semua tahu bahawa majikan kini lebih gemar resume yang tidak melebihi 3 muka surat. 

Lagi pendek, lagi bagus! Namun butiran-butiran peribadi amatlah penting untuk diletakkan bagi memperkenalkan diri kepada majikan. Kesemua kandungan ini dianggap penting dalam resume, tapi bila dah masuk 2017. Butiran ini sudah dianggap lapuk,ia sudah tidak relevan lagi untuk diletakkan kedalam resume.  

Artikel Berkaitan : 7 Skill Teknikal Yang Sedang Menjadi Buruan Majikan Pada Diri Calon Sekarang!

1. Buang Butiran Lanjut Semasa Zaman Kolej 

Terlalu banyak maklumat lanjut mengenai zaman kolej menganggu ruang dalam resume anda. JIKA ANDA BUKAN GRADUAN MUDA butiran ini dah tak relevan lagi bagi majikan. Mereka takkan pandang segala penglibatan kurikulum, ahli kelab persatuan dan CGPA anda 

2. Bahasa 

Mana-mana majikan sekalipun mahukan bahasa wajib ini iaitu Bahasa Melayu dan Inggeris, jadi tak perlu senaraikan lagi di dalam resume anda melainkan kerja yang anda mohon ada melibatkan penggunaan bahasa ketiga.  

3. Latihan Industri & Anugerah Penghargaan  

Jika segala penghargaan dan latihan industri ada sangkut paut dengan kerja yang anda mohon, ia masih boleh diterima pakai. Namun, buang sahaja jika tiada kena mengena. 

4. Rujukan 

Dapatkan bantuan ulasan daripada ekskeutif yang anda kenal adalah jauh lebih penting daripada hanya sekadar letak namanya sebagai rujukan. Contohnya mealui akaun LinkedIn, cuba raih 'endorsement' dan 'recommendation' daripada pihak-pihak tertentu di syarikat lama. 

5. Tempoh Perkhidmatan Kerja Untuk Mengukur Tahap Pengalaman 

Berapa lama anda dah kerja di sesebuah syarikat bukan lagi aset utama untuk mengukur 'kehandalan' kerja anda. Ia hanyalah sebagai jangkaan untuk membuat perundingan gaji sahaja.