Selain 'Course' Urus Mayat, Ramai Yang Tak Pernah Dengar 7 'Course' Ni Sebab Memang 'Rare!'
# Pengetahuan Pekerja

Selain 'Course' Urus Mayat, Ramai Yang Tak Pernah Dengar 7 'Course' Ni Sebab Memang 'Rare!'

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Sep 16, 2021
pada 7:34 AM

Selain 'Course' Urus Mayat, Ramai Yang Tak Pernah Dengar 7 'Course' Ni Sebab Memang 'Rare!'

Pelik tapi aneh. Ini jurusan pengajian yang tidak terdapat di Malaysia dan disenaraikan antara jurusan paling unik ditawarkan di beberapa universiti di seluruh dunia.

 

1. Bowling Industry Management and Technology, Vincennes University

 

Melalui bidang ini,pelajar akan mempelajari bagaimana serta persiapan apa saja yang diperlukan untuk mempersiapkan diri dalam industri pembolingan.

Setelah itu, anda akan bekerja dalam industri boling seperti pengurusan pusat, jualan, pemasaran, dan bidang teknikal.

 

2. Family Enterprise, Stetson University

 

 

Menyediakan pelajaran bagi anda yang ingin menimba ilmu bagaimana memanfaatkan keterlibatan keluarga sebagai bisnes kebersamaan dan peningkatan keluarga perekonomian. Anda juga boleh bekerja dengan membangunkan perniagaan bersama keluarga sendiri atau menjadi profesional penasihat untuk perniagaan keluarga yang lain.

Untuk itu prospek pekerjaannya ialah menjalankan perniagaan keluarga, pemilik perniagaan keluarga atau bekerja untuk perusahaan perniagaan keluarga sebagai penasihat profesional.

 

3. Mortuary Science, University of the District of Columbia Community College 

 

 

Agak menyeramkan. Tetapi jurusan ini ditawarkan kepada sesiapa yang berminat dalam pengurusan mayat. Melalui jurusan ini pelajar akan didedahkan  mengenai fasa-fasa pemakaman dan cara-cara yang betul serta menitik beratkan  keselamatan  mayat.

Individu yang mengambil jurusan ini berpeluang bekerja sebagai pengamal perkhidmatan pengebumian di rumah pengebumian, hospital, sekolah perubatan, kesihatan, dan pejabat pemeriksa perubatan atau koroner.

 

4. Beatles, Popular Music and Society, Liverpool Hope University (UK)

 

 

Jika di universiti Malaysia, jurusan muzik sudah biasa didengari, namun di Liverpool Hope University terdapat kursus pengajian khas kumpulan band terkenal iaitu The Beatles.  Program ijazah ini membolehkan pelajar meneliti kepentingan muzik The Beatles dalam pembinaan identiti, penonton, etnik dan industri, dan kawasan yang mana juga berkaitan bagaimana band ini cukup terpengaruh sehingga ke hari ini.

Mereka yang mengambil jurusan ini berpeluang menjadi pakar muzik dan sejarawan beatles.

 

5. Sexuality Studies, Ohio State University

 

 

Siapa sangka rupa-rupanya seksualiti juga menjadi jurusan yang boleh didalami? Melalui bidang ini pelajar akan didedahkan dengan pembelajaran berkaitan sejarah, politik, sosial, biologi, kultur, sosiologi, pendidikan, kesihatan dan psikologi dari seksualiti manusia.

Bidang pekerjaan yang sesuai adalah perkhidmatan sosial, kaunseling, penjagaan kesihatan, penderaan dan advokasi hak asasi manusia, keadilan sosial dan aktivisme, penganjuran hak LGBT.

 

6. Harry Potter Mithology

 

Kini di beberapa universiti menawarkan bidang pengajian mengenai Harry Potter. Antaranya di University of Carlifonia dan Frostburg State University (Maryland) yang mengkhususkan pelajar mempelajari tentang mitos dalam filem tersebut. Pelajar yang mengambil bidang ini juga diminta menganalisis sihir dengan menggunakannya melalui fizik, biologi dan kimia. Rasa-rasa anda apakah bidang pekerjaannya?

 

7. Zombie Studies, Columbia College Chicago dan University of Baltimore

 

 

Jurusan ini memberi tumpuan untuk mempelajari tentang zombi seperti dalam filem-filem. Di jurusan ini, para pelajar akan belajar tentang sejarah zombi dalam filem, dan meneliti bagaimana zombi berinteraksi dengan sesama zombi lain, serta kenapa mereka menyerang manusia hidup.  SERAM! Tetapi menarik bukan?

 

8. Youtube Studies, Pitzer College, California

 

 

Anda gemar membuat video untuk dimuat naik ke Youtube? Mungkin  anda patut belajar di Pitzer College, California kerana di universiti ini terdapat kelas yang mengfokuskan kepada media digital berkaitan Youtube. Bahkan , setiap tugasan dan perbincangan dalam jurusan ini mesti dilakukan melalui Youtube. Di samping itu, pelajar juga boleh belajar dengan lebih terperinci mengenai Youtube dan media sosial yang lain. Wah! Sesuai untuk vlogger di luar sana.

 

Artikel ini ditulis oleh Nur Amirah binti Mohd Rasidi menerusi Freelance Program.