Semenjak Tun M Jadi PM, 5 Item 'Mampu Milik' Yang Digunakan Ini Jadi Rebutan Ramai
# Trending Semasa

Semenjak Tun M Jadi PM, 5 Item 'Mampu Milik' Yang Digunakan Ini Jadi Rebutan Ramai

post by Izuan

by Izuan

May 18, 2018
pada 2:27 AM

Semenjak Tun Dr Mahathir ( Tun M ) menjadi Perdana Menteri Malaysia, rakyat nampaknya makin bersemangat nak lalui hari mendatang. Cuma kali ini kita dapat lihat Aura nya semakin dirasai memandangkan zaman sekarang ini teknologi dihujung jari, sah-sah semua perkara dari hujung rambut sampai kehujung kaki mesti dapat diperhatikan.

Jika kita perasan sejak kebelakangan ini, rakyat mula memandang segala barangan yang PM kita ni pakai. Memang betul-betul tak diduga, inilah yang dinamakan contoh! Gaya hidup yang berserdehana biarpun banyak wang. Rasanya kita pun mampu beli barang yang beliau pakai ni. Secara tak langsung semua item-item yang digunakan oleh Tun M ini dah menjadi rebutan ramai.

1. Berocca 

Tajam macam helang mata-mata netizen ni semua kan. Dek kerana viralnya gambar Tun M tengah dinner dengan Tun Siti, netizen dah dapat detect rahsia kepada kesihatan dan minda yang cergas Tun M selama ni.

Mula-mula orang teruja bila melihat portion nasi yang diambil oleh Tun M, kemudian baru netizen sedar rahsia lain kecerdasan dan kecergasan minda Tun M selama ini. Berocca, satu.supplemen mineral dan vitamin yang mampu meningkatkan kecerdasan mental dan fizikal seseorang kalau di ambil setiap hari. Berocca katanya dapat membantu seseorang dalam:

  • Boost stamina dengan boosting energy release
  • Meningkatkan konsentrasi dan mental performance.
  • Mengurangkan keletihan dan kelesuan.

2. Pen Pilot 


 

Mata admin pun tak setajam mata korang, kalau kita perasan Tun M selalu bawa sebatang pen, tapi tak pernah perasan pen apa yang dipakai. Sebab beliau akan selitkan pada poket baju atau celah-celah butang macam dalam gambar bawah ni.

Mungkin ramai yang tak perasan tapi melalui kebanyakan gambar, Tun M selalu dilihat bawak sebatang pen belang-belang hitam. Pen ni selalu diselitkan kat poket baju dan kalau bajunya tak ada poket, Tun M akan selit kat celah-celah butang bajunya macam kat bawah ni. Mati-mati ingatkan pentu pen mahal yang harganya cecah ribuan ringgit.

Tapi sebenarnya hanya Pilot Ball Liner yang harganya cuma RM 4.30 sahaja! Buktinya anda dpat lihat gambar diatas tadi dan ini yang digunakan masa angkat sumpah. Mesti berduyun-duyun serbu kedai alat tulis nak cari pen ini kan?

Berharga RM 4.30



3. Selipar Bata

Kalau nak beli sandle ala-ala high fashion untuk OOTD raya nanti, dah tak menjadi tarikan orang ramai. Sebabnya selipar Bata mungkin dah jadi trend oorang Malaysia lepas viral Tun M pakai dalam satu majlis. Harga pun cuma tak sampi RM 30 pun

4. Brands Outlet

Belum reda tentang isu kasut Bata, viral pulak satu lagi gambar menunjukkan Tun M  sedang membeli belah di sebuah gedung pakaian, Brands Outlet. Tak macam menteri atau mereka yang amalkan gaya hidup mewah lain, Tun M dan Tun Siti nampaknya lebih bersederhana dalam citarasa pakaian dan tak perlu nak pakai blouse atau kemeja dari Armani, Versace dan Prada mahupun Birkin, eh

5. Jam tangan G-Shock dan Casio

Tak lama dulu sebelum PRU14, Tun M ada buat kejutan untuk melelong jam tangan G-Shock ‘Rangeman’ miliknya dengan tandatangan sekali. Walaupun jam tangan digital merah ni berharga RM900+ saja, ia dah berjaya dijual sebanyak RM13,000.

Selain jam G-Shock, jam Casio Protrek Triple Sensor Tide Graph jugak viral yang mana netizen membandingkan harganya RM1,020 dengan jam menteri yang lain Kagum dengan sikap low profile Tun dan isterinya ini , pakai barangan yang tak mahal dan tak terlalu menunjuk-nunjuk. Cukup yang biasa-biasa biarpun gaji seorang Perdana Menteri ini dalam RM 20,000!