Semua Info Di Resume Boleh Muat Satu Muka Surat Je Kalau Amalkan 6 Tips Ini
# Pengetahuan Pekerja # Pengetahuan Interview

Semua Info Di Resume Boleh Muat Satu Muka Surat Je Kalau Amalkan 6 Tips Ini

post by Aisya

by Aisya

Sep 12, 2021
pada 7:32 AM

Semua Info Di Resume Boleh Muat Satu Muka Surat Je Kalau Amalkan 6 Tips Ini

Penulisan yang baik dalam resume memainkan peranan penting dalam memperoleh persepsi positif terhadap majikan, tapi ia akan jadi sia-sia kalau ayat berbunga-bunga tapi tak ada isi. Tulis panjang berjela tapi pengalaman hanya satu. 

Seeloknya, dua muka surat sudah memadai, tapi resume anda akan dianggap  lebih cemerlang jika mampu menulis cuma satu muka surat sahaja! Ramai calon berasa was-was terutamanya graduan muda, anggapan mereka adalah benda yang ringkas adalah kerja malas. Jangan risau, resume ini bukannya assignment.

Tapi bagi mereka yang mempunyai pengalaman, pasti ada banyak pencapaian dilampirkan dalam resume yang menyebabkan ia jadi panjang berjela. Sebenarnya, anda boleh jadikan semua info tersebut padat untuk satu muka surat sahaja kalau ikuti tips-tips ini!

1. Jangan 'Curi Tulang' Dalam Template

Anda mungkin sudah terbiasa untuk kurangkan margin, spacing dan kecilkan font untuk memastikan ruang cukup. Mungkin panjang resume anda menjangkau 3 muka surat, anda malas nak ubah lalau melakukan 'jalan pintas' sebegini tindakan tersebut sebenarnya dipandang serius oleh pihak majikan.

Kekalkan format/template supaya majikan mudah baca, meletakkan ayat panjang berjela tidak akan menarik minat majikan untuk baca walaupun ianya merupakan isi kandungan yang berharga seperti pencapaian. Ubah struktur ayat seringkas dan sepadat yang boleh.

Font yang terbaik untuk resume adalah Cambria bersaiz antara 14 untuk bahagian header dan 10 untuk isi kandungan.

2. Tulis Dengan Ringkas & Gunakan Akronim

Mesti terkejut kan? Maksud kami bukanlah ayat ringkas macam ayat sms tu, tapi gunakan terma-terma yang sudah biasa didengari dalam mana-mana kerja atau bidang yang dipohon. Contohnya, KPI (Key Performance Indocator), R & D (Research & Development), SOP (Standard Operational Procedure) dan bermacam-macam lagi.

Tak perlu huraikan ayat panjang yang memakan ruang, hanya perlu gunakan sahaja terma ringkas yang biasa digunakan dalam kerja. Sebagai seorang yang berpengalaman, majikan pasti tahu semua ini.

3. Buang Info Yang Klise & Tak Penting

Antaranya ialah objective, tak perlu beri penjelasan tujuan anda mohon kerja, majikan lebih beri perhatian terhadap kemahuan mereka bukannya anda. Lain-lain info seperti pencapaian sekolah, sijil keputusan kolej, kokurikulum dan rujukan yang tak penting.

Kalau ada sebarang pencapaian yang tak ada snagkut paut dengan bidang kerja baru itu, tak perlu letak! 

4. Kukuhkan Info Anda

Tak perlu jelaskan alamat, cukup sekadar tempat tinggal. Contohnya, Shah Alam, Johor Bahru, Cheras. Alamat penuh hanya sekadar mengganggu ruang sahaja. Segala info seperti nombor telefon, alamat email dan segala butiran untuk dihubungi. Buat dalam satu barisan sahaja, tak perlu menggunakan banyak ruang.

5. Padam Soft Skill

Mereka mahu tahu apa yang anda boleh lakukan untuk kerja, bukan kehabatan diri anda. Cukup sekadar meletakkan kemahiran yanga da kaitan dengan bidang kerja tak perlu letak banyak-banyak. Contohnya, kepimpinan, komunikasi, dan lain-lain. Sebaliknya focus kepada kemahiran teras seperti, Photoshop, Excel, Bahasa Ketiga dan lain-lain.

6. Buang Label Yang Tak Perlu

Nama : XXXX XXX XXX perkataan 'nama' itu tak perlu diletak, cukup sekadar nama, umur, alamat. Majikan juga manusia biasa dan tahu mengenai perkara tersebut. Jadi tak perlulah diperjelaskan lagi.